Wawancara terbaru Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas bersama The Edge tidak seharusnya menjadikan satu isu perkauman tetapi isu kebajikan dan pertumbuhan negara.
Bidaan Terbuka
Kadar Bayaran Dividen
Satu lagi aspek penting wawancara terbabit yang perlu disebutkan di sini ialah permintaan Petronas untuk mengurangkan kadar bayaran dividen Petronas.
Menurut Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas hendaklah menyumbangkan peratusan tertentu daripada keuntungannya kepada kerajaan.
Daripada tahun 2008 ke 2012, Petronas telah membayar 55 peratus hingga 68 peratus daripada keuntungannya kepada kerajaan dalam bentuk dividen dengan peratusan purata pembayaran dividen syarikat minyak kebangsaan di serata dunia sekadar 38 peratus.
Bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang Petronas serta sumbangan dana petroleum kepada kebajikan dan masyarakat buat jangka masa panjang, kami sesungguhnya percaya bahawa terdapat keperluan untuk mempertimbangkan pindaan kepada Seksyen 4 Akta tersebut bagi meletakkan had kepada pembayaran dividen Petronas.
Ini sangat penting sekarang di waktu Petronas berhadapan cabaran operasi dalam dua lapangan yang memerlukan pelaburan tinggi seperti berikut.
Pertama, dari segi eksplorasi dan penghasilan, simpanan bahan bakar fosil konvensional dalam negara serta seluruh dunia sedang berkurangan. Demi kemandirian jangka panjang, Petronas mesti melabur dalam teknologi untuk menemui simpanan minyak di luar negara dan bahan bakar fosil bukan konvensional seperti gas syal dan pasir tar.
Kedua, Petronas sedang berhadapan isu integriti aset dengan perpaipan berusia 35 tahun, manakala loji dan kilang penapisannya di antara 20-25 tahun. Pelaburan modal terhadap aset baru adalah sangat penting demi persaingan berterusan Petronas.
Seperti yang disebutkan oleh Tan Sri Shamsul dengan begitu cemerlang di dalam wawancara terbabit, kita haruslah menjadi penjaga yang baik terhadap hasil bumi negara.
Dengan itu, kami menyeru pihak kerajaan agar tidak menjadikan wawancara tersebut satu isu perkauman tetapi isu kebajikan dan pertumbuhan negara.
Malaysia mesti memiliki sebuah pelan strategik untuk mengurangkan kebergantungan kepada wang mudah daripada telaga minyak sebelum kita terjerumus ke dalam kategori yang terkena ‘sumpahan minyak’ atau ‘Dutch Disease’.
Daripada meminta Petronas memberi lebih banyak wang setiap tahun, kerajaan mestilah meningkatkan disiplin kewangannya dan meletakkan usaha serius ke arah mengurangkan pembaziran.
Kerajaan juga mesti mempunyai perancangan untuk melaburkan dana minyak ini untuk generasi akan datang yang akan hidup dengan bekalan minyak yang sedikit atau barangkali langsung tiada.