Saturday, March 25, 2017

Siapa di sebalik pembohongan Jamal Yunos terhadap saya?

Kenyataan media oleh Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin pada hari Rabu 22 Mac 2017 di Petaling Jaya

Siapa di sebalik tindakan Jamal Yunos terhadap saya? 

Semalam saya menerima panggilan telefon daripada wartawan yang memberitahu saya bahawa Jamal Yunos telah membuat laporan polis terhadap saya tentang pengurusan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Ini adalah suatu pembohongan yang amat besar terhadap saya.

Saya telah melihat gambar-gambar sidang medianya semalam. Apa yang beliau pegang di dalam tangannya adalah dokumen yang membuktikan bahawa kami telah mengemukakan kesemua dokumen yang diperlukan kepada pejabat tanah untuk tujuan semak imbang. Saya begitu tidak percaya bagaimana beliau boleh berbohong sambil memegang bukti di tangannya.

Kolum terakhir adalah tarikh-tarikh dokumen didapatkan semula, bermakna kami telah mengagihkan dana, manakala resit yang ditandatangani oleh waris bersekali dengan salinan kad penganalan waris serta si mati dan sijil kematiannya telah diserahkan kepada pejabat tanah. Saya tunjukkan contoh di sini.

Sebagai tambahan, saya tampilkan di sini sepuluh ‘ring file’ dengan dokumen setebal 60cm berkenaan setiap bayaran yang telah dibuat kepada waris. Kami alu-alukan semua pihak termasuk Jamal untuk hadir ke pejabat saya dan melihatnya sendiri. Pejabat kami dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.30 pagi sehingga 6 petang.


Kami terbuka, telus dan tidak ada apa-apa yang mahu disorok. Bukan saja kami tunjukkan akaun, malah resit bagi setiap bayaran yang telah dibuat. Bolehkah Jamal Yunos gunakan standard yang sama dalam kes 1MDB? Bolehkah 1MDB dan anak-anak syarikatnya mengambil langkah yang sama dan mendedahkan akaun-akaunnya? Dan bukan sahaja akaun, tetapi setiap pembayaran yang dilakukan?

Lebih penting lagi, saya ingin menyatakan rasa tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba saya menjadi sasaran Jamal Yunos. Saya telah menuntut supaya Rosmah Mansor meletakkan jawatan sebagai penaung Permata sepanjang satu minggu lalu; sementara mempertahankan bosnya, pembantu Rosmah, Rizak Mansor dalam perkongsian di Facebook pada 18 Mac menulis, ““Tabung YAWAS Dun Damansara Utama pula apa kisahnya ? Jeng...jeng...jeng...”

Sekarang saya menjadi sasaran Jamal Yunos dalam perkara yang sama. Adakah ini satu kebetulan? Siapa sebenarnya yang memberi makan Jamal Yunos? Adakah orang di sebalik Jamal Yunos ini ingin cuba mencemarkan nama baik saya supaya saya berputus asa dalam membangkitkan isu-isu Permata?