Monday, April 3, 2023

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of International Trade and Industry


22 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Merujuk kepada m/s 266 Butiran 040300 Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Hari ini, saya ingin menyentuh 2 industri baru yang sedang digalakkan oleh MIDA, iaitu pusat data (data center, dengan izin) dan kenderaan elektrik (EV).

Pusat Data

1.    Tuan Pengerusi, Malaysia berpotensi menjadi Hub Pusat Data ASEAN dengan strategi yang baik.  

2.    Pemain utama pusat data adalah syarikat antarabangsa MNC seperti AWS, Microsoft, Google, Meta, Equinix dll.

3.    Kebanyakan mereka mempunyai komitmen karbon sifar bersih (net zero carbon) dan menyertai inisiatif global RE100.

4.    Kelab RE100 terdiri daripada syarikat yang komited untuk mendapatkan 100% tenaga elektrik mereka daripada RE dalam satu tempoh masa, kebanyakannya menjelang tahun 2030. Oleh itu, ia dipanggil RE100, renewable energy 100%.

5.    Untuk makluman dewan yang mulia ini, International Energy Agency menganggarkan bahawa industri pusat data pada masa ini menggunakan sekitar 1% daripada tenaga elektrik dunia dan angka ini boleh mencapai dua digit menjelang 2030.

6.    Pendek kata, pusat data memerlukan banyak tenaga elektrik dan pemain utama mahukan tenaga elektrik ini dalam bentuk RE.

7.    Oleh itu, untuk meningkatkan pelaburan pusat data oleh MNC besar di Malaysia, kita perlu menawarkan opsyen RE yang lebih banyak dan menarik.

8.    Selain daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan RE dalam campuran elektrik, MIDA harus bekerjasama dengan kementerian tenaga untuk mewujudkan opsyen RE yang lain.

9.    Sebagai contoh, membenarkan pusat data untuk membeli tenaga solar terus dari large-scale-solar (LSS) di lokasi lain melalui grid nasional dengan menggunakan Third-Party-Contract (TPC).

10. Kerajaan juga boleh menawarkan kuota Net Energy Metering (NEM) untuk pusat data dengan syarat yang lebih menarik, seperti mengeluarkan syarat yang menghadkan kapasiti pemasangan solar pada 75% maximum demand.

EV

1.    Seterusnya, saya ingin mengalih ke industri EV. 

2.    Baru-baru ini Menteri mengumum kementerian telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia, di mana Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian Supercharger di Malaysia.

3.    Sementara ini adalah berita baik untuk peminat Tesla, Puchong ingin mengingatkan MIDA bahawa kita perlu fokus untuk membina industri dalam rantaian pengeluaran EV global dan bukan hanya EV uptake di Malaysia.

4.    Dari segi peluang pekerjaan dan economic multiplier effect, ada perbezaan yang sangat besar antara membina kilang pengeluaran EV dan komponen EV, pusat R&D atau regional headquarters berbanding dengan sales office.

5.    Oleh itu, Puchong mengalu-alukan keputusan kabinet baru-baru untuk menubuhkan Special EV Taskforce dan usaha untuk membangunkan Polisi EV Kebangsaan.

6.    Puchong ingin tahu bila polisi ini akan siap. Saya harap bahawa kerajaan jangan mengambil masa terlalu lama. Kalau boleh, kuat kerja sikit dan siapkan dalam 3-6 bulan.

7.    Ini adalah kerana negara-negara jiran kita juga sedang giat menarik pelabur-pelabur industri dalam rantaian pengeluaran EV ke negara mereka.

8.    Things are moving very fast, we can’t afford to be slow.

9.    Dari segi EV uptake pula, kerajaan harus memberi tumpuan kepada EV kos rendah dan sederhana serta motosikal elektrik dan memberi insentif cukai yang lebih baik kepada mereka berbanding dengan EV mewah seperti Tesla, Volvo dll. Sekarang tiada bezanya.

10. Puchong juga ingin menarik perhatian MIDA bahawa ada start-up tempatan yang mengeluarkan motosikal elektrik.

11. MIDA harus bekerjasama dengan MOSTI untuk membantu start-up seperti ini dan syarikat-syarikat tempatan yang berkaitan EV untuk menjadi lebih kompetitif untuk bersaing di pasaran dunia.