Monday, January 8, 2024

Parliamentary Debate: The Energy Efficiency and Conservation Bill 2023




10 Oct 2023 (Bahasa Malaysia Version)

Terima kasih Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

1.   Pertama sekali, Puchong ingin mengalu-alukan pembentangan RUU ini kerana ini adalah salah satu “unfinished business” saya apabila saya menjadi Menteri tenaga.

2.  Sebenarnya, RUU ini disasarkan untuk dibentangkan pada hujung 2020 tetapi Langkah Sheraton dan Covid berlaku dan ia telah tergendala. 

3.     Oleh itu, saya rasa lega bahawa akhirnya, RUU ini “sees the light of day” dengan izin.

 

Tan Sri Speaker,

4. Untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor tenaga, kita bukan sahaja perlu menangani pengurusan bahagian bekalan (supply management), iaitu untuk dengan menggunakan tenaga boleh bahru tetapi juga menangani pengurusan permintaan (demand management), iaitu kecekapan tenaga (energy efficiency, EE). 

5.   Inisiatif EE tidak semestinya bermakna kita perlu mengorbankan pembangunan ekonomi untuk pemeliharaan alam sekitar.

6.  Dalam satu laporan yang bertajuk Preliminary Study on Demand Side Management yang diterbit bersama oleh EPU dan United Nations Development Programme (UNDP) yang merangkumi penggunaan tenaga dalam sektor elektrik, tenaga haba (thermal energy) dan pengangkutan, menunjukkan bahawa potensi penjimatan tenaga untuk melalui penambahbaikan EE untuk Malaysia dalam tempoh 15 tahun adalah lebih daripada 137 ribu GWj (giga watt jam) atau setara kepada kira-kira RM 47 bilion dalam penjimatan kos penggunaan elektrik.

7.  Ini juga bermaksud bahawa, jika kita oleh mewujudkan kerangka dan polisi EE yang menyeluruh, industri kecekapan tenaga mempunyai potensi dan pasaran yang besar.

8.     In short, it is not only good for the environment, it is good for business.

9. Namun begitu, kajian yang sama juga menunjukkan bahawa halangan utama kepada penggunaan meluas amalan kecekapan tenaga di negara ini adalah ketiadaan rangka kerja pengawalseliaan.

10. Oleh itu, semasa saya jadi menteri, kami bermula mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan rangka undang-undang kecekapan tenaga seawal-awal 2019.

11. Walaubagaimanapun, kerangka undang-undang sahaja tidak boleh meningkatkan EE di Malaysia.

12. Jika kita tengok RUU ini, apa yang baru ialah Suruhanjaya Tenaga sekarang diberi punca kuasa untuk mengumpul data dan menggalak dan memantau inisiatif kecekapan di kalangan penguna-pengguna tenaga terbesar di Malaysia secara sistematik melalui pengurusan tenaga, audit tenaga, laporan dan label intensiti tenaga.

13.Tetapi RUU ini tiada punca kuasa untuk mewajibkan pengguna-pengguna untuk meningkatkan EE dan Puchong sememangnya bersetuju dengan pendekatan ini.

14.Oleh itu, dewan yang mulia ini perlu faham bahawa jika undang-undang ini tidak disertakan dengan polisi yang merangkumi “carrot and stick” untuk meningkatkan EE, the outcome from this is just more bureaucracy, dengan izin.

15.Dengan ini, Puchong ingin tanya kepada kementerian apakah rancangan susulan kementerian selepas RUU ini diluluskan dan dikuatkuasakan.

16. Apakah insentif untuk pengguna yang proaktif memperbaiki mereka EE dan apakah dis-insentif kepada mereka yang merupakan “big energy guzzler” yang tiada niat untuk meningkatkan EE mereka. 

17. Puchong juga ingin mendapatkan perkembangan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP). Ia telah meletak sasaran untuk mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 8% menjelang 2025, Puchong ingin tanya berapakah peratus pengurangan sekarang dan adakah kita atas landasan untuk mencapai sasaran ini.

 

Energy Performance Contract

Tan Sri Speaker,

18. Selain RUU ini, saya juga ada satu lagi “unfinished business” dalam bidang kecekapan tenaga, iaitu kerajaan sepatutnya menjadi pemangkin industri EE melalui mekanisme energy performance contract (EPC) di bangunan-bangunan kerajaan. 

19. Izinkan saya jelaskan secara ringkas di sini.

20. Terdapat kira-kira 10,500 bangunan awam di Malaysia.

21.Jika kita boleh mengambil sebahagian bangunan yang sesuai dan pakejkan mereka, sebenarnya kerajaan boleh membuka tender untuk kerja-kerja kecekapan tenaga (retrofit) di bangunan-bangunan ini tanpa melibatkan peruntukkan daripada kerajaan melalui mekanisme EPC.

22. Dengan kontrak EPC, syarikat perkhidmatan tenaga, kita biasanya panggil energy service company, ESCO yang menang tender, akan mengeluarkan dana CAPEX untuk kerja-kerja retrofit seperti kerja penukaran chiller, lampu LED dll di bangunan-bangunan ini.

23. Penjimatan bil elektrik hasil daripada retrofit ini akan dikongsi antara ESCO dan kerajaan.

24. Sebagai contoh, jika selepas retrofit, penjimatan ialah 20%, penjimatan ini boleh dibahagi 5% kerajaan dan 15% untuk ESCO dalam tempoh kontrak tersebut.

25. Dengan ini kerajaan secara efektifnya boleh menjimat 5% bil elektrik manakala pihak ESCO boleh mendapat pendapatan yang tetap (constant revenue stream) dalam tempoh kontrak tersebut.

26. Ini akan mewujudkan bankability projek-projek EPC.

27. Dengan adanya insentif kerajaan yang lain seperti Green Technology Financing Scheme (GTFS), pihak ESCO boleh mendapatkan project financing daripada bank.

28. Semua ini boleh dilakukan tanpa melibatkan peruntukkan kerajaan.  

29. Dengan pendek kata, dengan EPC yang dirancang dan dilaksana dengan baik, kerajaan boleh mencapai tiga kemenangan (triple win), iaitu mengurangkan karbon pelepasan, menjimat bil elektrik dan menjana pertumbuhan ekonomi melalui perkembangan industri EE.

30.   Oleh itu, adalah harapan besar Puchong kerajaan boleh menimbang cadangan ini.

 

Cogeneration

Tan Sri Speaker,

31.  Selain daripada EPC, pihak kementerian juga perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menggalakan cogeneration – combine heat and power cycle, dengan izin. 

32.   Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, cogeneration adalah lebih cekap tenaga - ia boleh mencapai thermal efficiency setinggi 80% berbanding dengan 50% bagi combined cycle gas turbine (CCGT) dan 30% bagi open-cycle gas turbine (OCGT). 

33. Puchong ingin tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan melalui NEEAP terutamanya dari segi standby dan top up charges, apakah cabaran dan tindakan susulan yang akan diambil oleh kementerian.

 

District Cooling

Tan Sri Speaker,

34.   Izinkan saya memberi cadangan yang terakhir. 

35. Puchong berpendapat bahawa untuk meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan-bangunan dan township baru, kerajaan perlu secara proaktif menggalakkan perkembangan district cooling system (DCS).

36. Saya diberitahu bahawa kerajaan akan keluarkan NEEAP 2.0, Puchong cadangkan DCS menjadi salah satu tumpuan inisiatif NEEAP 2.0.

37.   DCS boleh menggalakkan kemampanan pembangunan bandar.

38. Ini adalah kerana pemasangan loji penyejuk, cooling tower, yang lebih besar yang dikongsi bersama bangunan-bangunan di satu kawasan (district) – oleh itu, ia dipanggil district cooling – ia adalah lebih effisien berbanding dengan pemasangan sistem penyejuk yang kecil di setiap bangunan individu di kawasan tersebut. 

39. Secara keseluruhanya, DCS bukan sahaja boleh meningkatkan kecekapan tenaga, (menjimat bil elektrik lebih daripada 20%) dan dengan itu, mengurangkan pelepasan karbon dioksida, ia juga boleh mengurangkan kos operasi dan ruang yang diperlukan untuk pemasangan sistem penyejuk.

40. Dengan itu, Puchong ingin cadangkan kepada kementerian untuk memberi perhatian terhadap perkembangan DCS di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.


Jawatankuasa

Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga. Puchong ada 9 soalan berkenaan dengan RUU ini.

41.     Pertama sekali, Puchong ingin tanya bilakah akta ini akan dikuatkuasakan?

42.    Kedua, berapakah pengguna tenaga mengikut jadual 1 & 2 dan bangunan mengikut jadual 3 yang  akan dilibatkan mengikut seksyen 3 apabila akta ini dikuatkuasakan. 

43.  Ketiga, berapa anggaran jumlah pengurus tenaga dan juruaudit tenaga yang dijangka akan dilatih dan didaftar oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pihak yang dilibatkan boleh mematuhi seksyen 6 ke 14 apabila akta ini dikuatkuasakan, termaksud bagi pengguna tenaga  - membangunkan sistem pengurusan tenaga, menyediakan slaporan kecekapan dan konservasi tenaga, menjalankan audit tenaga dan mengemukan laporan audit tenaga manakala bagi bangunan pula, memohon dan mempamerkan label intensiti tenaga serta menyediakan laporan audit tenaga.

44. Dengan pendek kata, adakah pengurus tenaga dan juruaudit tenaga cukup supaya mereka yang  terlibat boleh patuh kepada undang-undang? It’s a question of supply and demand.

45. Kelima, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan supaya jumlah pengurus tenaga dan juruaduit tenaga adalah mencukupi?

46. Keenam, apakah langkah-langkah yang akan diambil jika demand jauh lebih tinggi daripada supply, harga perkhidmatan pengurus tenaga dan juruadit tenaga tidak melonjak sehingga tahap yang membebankan.

47. Ketujuh, Puchong juga ingin tahu berapakah jumlah bangunan kerajaan yang terlibat mengikut seksyen 3 dan apakah implikasi kosnya?

48.  Kelapan, sekarang jika kita tengok Jadual 3, hanya bangunan pejabat yang diperpakai, apakah jenis bangunan yang lain yang akan ditambah ke jadual ke-3 seperti hospital, lapangan terbang, shopping complex, public complex dsb dan apakah timeline?

49.   Kesembilan, adalah soalan berkenaan dengan bidang kuasa. Mengikut seksyen 69 dan 70 menteri ada kuasa untuk membuat peraturan-peraturan dan meminda jadual akta ini yang merangkumi tenaga elektrik dan termal tetapi jika kita tengok seksyen 2 - tafsiran Menteri ialah “menteri yang bertanggungjawab dengan pembekalan elektrik”. Sila jelaskan.