Monday, January 8, 2024

Parliamentary Debate: White Paper on Covid-19 Vaccine Procurement Management



8 June 2023 (Bahasa Malaysia Version)

1.     Terima kasih Puan Speaker memberi ruang kepada Puchong untuk turut serta dalam perbahasan kertas putih pengurusan perolehan vaksin Covid-19.

2.     Pada pendirian Puchong, salah satu kelemahan utama Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah kewatan perolehan bekalan vaksin.

3.    Jika YB-YB masih ingat lagi, walaupun Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua untuk golongan berisiko tinggi - warga emas, oku dan komorbidities telah bermula pada 19 April 2021, tetapi dari April sehingga pertengahan Jun 2021, kadar vaksinasi adalah sangat lembap kerana kekuranga bekalan vaksin.

4.  Kalau kita tengok, kadar kematian sehari pada Mac 2021 ialah single digit, ia menjadi double digit menjelang Mei dan meningkat dengan signifikan pada Jun dan Julai 2021. 


5.   Dari Mei sehingga Julai 2021, lebih daripada 5,000 orang berkomordities telah meninggal dunia.

6.  Melihat balik sekarang, Puchong masih berfikir betapa baiknya jika kita boleh mendapat bekalan vaksin yang mencukupi 2-3 bulan lebih awal dari Jun 2021.

7.     It would have made all the difference between life and death.  Dengan izin.

8.   Ini adalah kerana selepas kita mendapat bekalan vaksin yang mencukupi dari Jun 2021, roll-out, dengan izin, adalah baik – suntikan seharian mula mencecah 100,000 suntikan pada minggu kedua Jun 2021 ke lebih daripada 500,000 suntikan menjelang hujung Julai 2017.

9.     Masalahnya ialah bekalan vaksin.

10. Kertas Putih ini menyatakan bahawa disebabkan sumber kewangan yang terhad, kerajaan pada masa itu tidak mampu untuk meletakkan wang tempahan (strategic bet) kepada syarikat-syarikat pengeluar untuk tempahan awal tanpa maklumat klinikal.

11. Puchong ingin tanya, adakah kekangan kewangan sebab utama?

12. Jika kita tengok, perjanjian pertama kerajaan Malaysia dengan Pfizer untuk 12.8 juta dos vaksin ditandatangani hanya pada 27 Nov 2020.

13. Sebagai perbandingan, UK dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pertama mereka dengan Oxford-AstraZeneca pada Mei 2020 manakala Jepun menandatangani perjanjian pertamanya dengan Pfizer pada Julai 2020.

14. Menjelang akhir September, Vietnam, Brazil, Kazakhstan, India, Nepal dan Arab Saudi yang merupakan negara membangun juga telah menandatangani perjanjian dengan beberapa pengeluar vaksin.

15. Persoalannya, walaupun Malaysia tidak mampu bertindak seawal UK dan AS, kenapa apabila negara-negara membangun yang lain membuat komitmen, kita tunggu lagi?

16. Kenapa kita tidak boleh bertindak dengan lebih awal?

17. Sebagai contoh, walaupun selepas pengawal selia di UK, AS, Kanada, Switzerland, EU dan Singapura serta Covax meluluskan vaksin Pfizer pada bulan Disember 2020, Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) Malaysia pada mulanya masih kata ia memerlukan 90 hingga 120 hari untuk memutuskan sama ada untuk meluluskan vaksin tersebut.

18. Akhirnya, kelulusan bersyarat telah diberikan pada Januari 2021, secara kebetulan atau tidak, selepas bantahan awam terhadap kelewatan NPRA.

19. Pada bulan Mac, dua vaksin lain - Oxford-AstraZeneca dan Sinovac - menerima kelulusan NPRA terhad.

20.  Puchong ingin tahu adakah SOP baru telah disediakan daripada pengalaman ini supaya vaksin baru bagi penyakit berjangkit yang berisiko jadi pandemik mala epidemik, boleh diluluskan dengan lebih cepat pada masa akan datang.


Puan Speaker,

 

Isu Peruntukan

21. Isu seterusnya yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan peruntukkan kewangan perolehan vaksin.

22. Kertas putih ini telah menunjukkan bahawa KKM telah diluluskan peruntukkan secara berperingkat berjumlah RM 4.65 bilion bagi perolehan bekalan vaksin dan perkhidmatan logistik vaksin Covid-19 untuk pelaksanaan PICK.

23.Walaubagaimanapun, ia tidak memberi breakdown perbelanjaan mengikut kategori seperti perolehan vaksin, pembelian alat-alat, penyewaan premis dan lain-lain. Puchong minta perincian ini dari KKM.

24. Seterusnya, mengikut m/s 14 kertas putih ini, enam kerajaan negeri iaitu Selangor, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Negeri Sembilan telah membeli sejumlah 1.16 juta dos dari pihak swasta.

25. Saya difahamkan mereka membeli vaksin in dari Pharmaniaga dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh kerajaan pusat.

26. Adakah ia benar? Kenapa Pharmaniaga boleh membuat profiteering dengan menjual vaksin kepada kerajaan negeri?

27. Seterusnya, Puchong juga ingin menyentuh Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), sektor swasta perlu banyar RM 45 per dos.

28. Pihak mana yang sebenarnya mendapat bayaran ini, berapakah jumlah pendapat PIKAS dan bagaimana bayaran tambahan ini digunakan? 


Isu PPV

 

Puan Speaker,

29. Seterusnya, saya ingin beralih kepada beberapa soalan isu PPV yang telah saya bangkitkan di penggal yang lalu tetapi belum lagi mendapat jawapan.

30. Apakah jumlah kos sewaan dan kos set-up PPV mega? Puchong ingin mendapat perincian kos untuk setiap PPV mega.

31. Saya juga ingin mendapatkan senarai syarikat yang mendapat kontrak daripada Protect Health untuk pemberian vaksin di PPV-PPV Mega dan jumlah nilai kontrak untuk setiap pembekal perkhidmatan. Berapakah Protect Health bayar untuk setiap dos suntikan?

32. Setahu saya, bayaran kepada GP klinik masa itu ialah RM 14 per dos. Memandangkan kontrak PPV mega adalah besar, sepatutnya offer mereka lebih murah untuk setiap pemberian vaksin.

33. Apakah kos purata pemberian setiap dos vaksin untuk jenis PPV yang berbeza – Mega PPV, PPV yang menggunakan balai dan dewan awam dan juga klinik-klinik swasta.

34. Bagaimana pula dengan manpower effectiveness, keberkesaan tenaga kerja. Apakah nisbah staf ke kapasiti untuk jenis PPV yang berbeza? 

35. Pada julai 2021, saya telah membuat perbandingan guna tenaga di antara IDCC Mega PPV dan PPV biasa di Dewan Maharani Muar dan Dewan Jubli Intan di Muar, tempat di mana rakyat parliament Bakri dapat suntikan vaksin. Di IDCC, 6000 kapasiti, 453 staff, nisbah ialah 1:13. Tetapi untuk PPV biasa, nisbah adalah di 1:18 untuk Dewan Maharani dan 1:25 untuk Dewan Jubli Intan.

36. Ia menunjukkan PPV biasa nampaknya lebih efektif dari segi guna tenaga. Adakah Mega PPV tidak mencapai economy of scale?

37. Sememangnya, ini hanya untuk particular cases, oleh itu Puchong ingin tahu adakah KKM telah membuat analisis berkenaan dengan cost and human resource effectiveness antara jenis PPV yang berbeza supaya pengalaman ini boleh membantu kita untuk membuat keputusan yang lebih baik dari segi vaksin rollout.

38. Secara keseluruhannya, negara kita perlu belajar dari pengalaman ini dan pastikan SOP didokumenkan supaya kerajaan ada institutional memories apabila menghadapi krisis yang sama pada masa akan datang.

Itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.