3 July 2024 (Bahasa Malaysia version)
1. Terima kasih Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasaan pindaan akta audit.
2. Pindaan yang dibawa hari ini kebanyakkan adalah untuk meluaskan bidang kuasa tugas Ketua Audit Negara supaya boleh: mengaudit syarikat yang mendapat jaminan kewangan kerajaan, pengauditan melalui pendekatan “follow the public money audit”, kuasa untuk mewujudkan garis panduan, memberi syor menangani apa-apa ketakteraturan yang serius, dan akhirnya kuasa untuk membuat follow-up audit.
3. Puchong mengalu-alukan semua pindaan ini kerana undang-undang akan memastikan duit awam dilindungi dengan lebih baik lagi.
4. Dari segi pelaksanaan, Puchong ada beberapa pertanyaan kepada kerajaan:
a.
Satu,
apakah jumlah syarikat yang mendapat jaminan kewangan kerajaan? Berapakah
peningkatan jumlah badan yang boleh diauditkan oleh Lembaga Ketua Audit Negari
(LKAN)?
b.
Dua,
berapa jumlah badan yang diaudit oleh LKAN setiap tahun sekarang dan berapa
sasaran selepas pindaan?
c.
Tiga,
memandangkan pindaan ini menambah skop kerja LKAN, adakah kerajaan akan
sediakan lebih banyak sumber dari segi kewangan dan kakitangan ke LKAN supaya
peranan-peranan baru ini boleh dilaksanakan dengan lebih menyeluruh?
d. Keempat, berapa kerap LKAN menjalankan audit bagi sesuatu badan atau kumpulan wang mengikut seksyen (2) akta iaitu interpretation:
the
expression “public moneys” shall include moneys received by or on account of
any public authority established under Federal or State law and the expression
“public stores” shall include chattels the property of or in the possession or
under the control of any such authority.
5. Puchong telah pergi ke website LKAN dan check berapa kerap LKAN menjalankan audit ke beberapa badan atau kumpulan wang. Ini adalah apa yang saya mendapati:
6.
Untuk Khazanah, dengan total realisable asset
value RM126 billion, audit menyeluruh yang terakhir yang dilaporkan di Laporan
Ketua Audit Negara 2012. Sudah 12 tahun LKAN tidak audit Khazanah secara
menyeluruh (walaupun LKAN ada mengaudit salah satu anak syarikat subsidiary
milik Khazanah pada masa itu – Silterra pada 2019)
7. Saya bagi satu contoh lagi, KWAP (Kumpulan Wang Persaraan) dengan jumlah saiz dana RM 154 billion, laporan audit terakhir berkenaan dengan Pengurusan Pelaburan Sekuriti Hutang Persendirian Dan Bon Kuasi KWAP adalah Laporan Ketua Audit Negara 2011. 13 tahun dahulu.
8. Puchong juga masih ingat lagi semasa saya menjadi Menteri Tenaga, kami mendapati bahawa sebanyak RM197.9 juta tunggakan sumbangan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) yang belum dijelaskan penjana tenaga bebas (IPP) bagi tempoh 2008 hingga 2018.
9. AAIBE ini sebenarnya boleh diaudit oleh LKAN dengan Akta Audit yang sedia ada tetapi tadi saya check, LKAN tidak pernah membuat audit menyeluruh AAIBE, hanya pada 2010 membuat audit ke atas Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Yang Dibiayai Daripada dana AAIBE.
10. Terdapat tunggakan sebesar ini pun tiada orang mengambil tindakan sehingga 2018.
11. Dengan ini, Puchong ingin mencadangkan kerajaan untuk memastikan bukan sahaja dari pindaan undang-undang memberi kuasa kepada ketua audit negera untuk mengaudit, tetapi dari pelaksanaannya memastikan LKAN boleh secara sistematik mengaudit badan yang boleh diauditnya.
12. Seterusnya, Puchong ingin mencadangkan pindaan masa depan bagi Seksyen 9(2) yang mewajibkan pembentangan Laporan Ketua Audit peringkat perseketuan ke parlimen dan laporan peringkat negeri ke dewan undangan negeri.
13. Saya ingin cadangkan supaya pindaan dibuat supaya bukan sahaja laporan-laporan ini dibentangkan tetapi dibentang dalam bentuk usul kerajaan untuk dibahaskan.
14. Ini adalah untuk memastikan teguran-teguran dan syor-syor kerajaan mendapat perhatian yang sewajarnya di dewan yang mulia ini supaya kerajaan ada lebih banyak tekanan dan urgency untuk mengambil langkah yang sewajarnya.
15. Dibawah kerajaan madani, memang Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di parlimen, tetapi Puchong percaya kita perlu menginstitusikan praktis-praktis yang baik ini supaya pada masa depan tidak kira siapa jadi kerajaan, praktis baik ini boleh diteruskan.
16.
Good leaders come and go, good institution
remains, dengan izin.
Pindaan Seksyen 5 (1) (d)
Seksyen 5 (1) (d) the accounts of any other body, including a company registered under the Companies Act 1965 [Act 125], in receipt of a grant or loan from the Federation or a State, and including also a company where more than half it paid-up share capital is held by the Federation, a State or a public authority or is so held in the aggregate by two or more of them:
Seksyen 9(4) If at any time it appears to the Auditor General that any
serious irregularities have occurred in the accounting or custody of public
moneys or public stores under his audit, he shall immediately bring the matter
to the notice of the Secretary General to the Treasury and, in the case of
moneys or stores of a State or a public authority, to the notice also of the
State financial authority or the head of that public authority, as the case may
be.
Cadangan Pindaan Seksyen 9(2)
Original: In the event of any such statement not being received within a
period of seven months after the close of the financial year to which it
relates, the Auditor General shall submit a report to that effect to the Yang
di-Pertuan Agong who shall cause it to be laid before the Dewan Rakyat at its
next meeting, and in the case of a report relating to a statement due from the
Menteri Besar or Chief Minister of a State, the Auditor General shall, before
submitting the report to the Yang di-Pertuan Agong, submit a copy thereof to
the Ruler or Yang di-Pertua Negeri of that State who shall cause it to be laid
before the Legislative Assembly at its next meeting.