Thursday, September 5, 2024

Parliamentary Debate on Drug Defendants (Treatment and Rehabilitation) (Amendment) Bill 2024

 4 July 2024 (Bahasa Malaysia version)


1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan saya untuk turut serta dalam perbahasaan RUU pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).

 

Tan Sri Speaker,

 

2.    Saya telah menjadi wakil rakyat selama 11 tahun, tidak sepanjang ramai di dewan yang mulia ini tetapi cukup untuk berdepan dengan kes-kes rakyat yang berbeza.

 

3.    Antara memori yang paling mendalam salah satunya ialah berkenaan dengan penagihan dadah.

 

4.    Masa itu saya ADUN Damansara Utama, satu hari saya pergi ke Pangsapuri Damansara Bistari, satu flat kos rendah di SS2, untuk satu program dan biasanya apabila saya buat program di satu tempat, saya juga buat lawatan ke beberapa keluarga yang memerlukan untuk memberi sumbangan.

 

5.    Salah satu rumah saya pergi melawat pada hari itu ialah seorang ibu yang anaknya baru saja meninggal dunia akibat penagihan dadah.

 

6.    Saya masuk ke rumah itu, ruang tamu itu agak kosong, tiada sofa kami semua duduk atas lantai bersama dengan seorang wanita berusia 60-an.

 

7.    Hanya ada satu meja kecil dan di atasnya terletaknya gambar seorang anak muda dengan kalungan bunga marigold yang menghiasi bingkai foto.

 

8.    Auntie duduk di sebelah meja kecil itu, menitis air mata, dan beritahu kami di tempat kosong ruang tamu ini terletaknya mayat anaknya beberapa hari yang lalu. Suami auntie sudah lama meninggal dunia, sekarang, anak dia pula meninggal dunia.

 

Tan Sri Speaker,

 

9.    Sampai sekarang, wajah muka ibu yang hilang anak dan paling penting, harapan untuk masa depan, yang duduk sebelah gambar anaknya, masih kadang-kala terimbas dalam minda saya.

 

10. Saya percaya ada banyak tragedi seperti ini yang berlaku di setiap sudut di Malaysia.

 

11. Oleh itu, Puchong faham semangat pindaan ini adalah ke arah mendekriminalisasi penagihan dadah (decriminalisation of drug addictions).

 

12. Apa yang kita bahaskan di dewan yang mulia ini ialah bagaimana kita boleh membina satu masyarakat di mana penyalahguna dan penagih dadah tidak berakhir dengan kematian atau kemusnahan hidup tetapi ada peluang kedua (second chance) untuk membina kehidupan yang bermakna.

 

13. Walaubagaimanapun, Puchong juga pernah berdepan dengan kes tragedi yang berlaku akibat jenayah yang dilakukan oleh penagih dadah.

 

14. Saya masa ingat pada tahun 2013, masa saya baru dipilih menjadi wakil rakyat di Petaling Jaya ada banyak kes snatch thief, di mana ada orang menaiki motor dan rampas bag pejalan-jalan kaki, ada juga yang mengakibatkan kematian, antara suspek jenayah ini adalah penagih dadah. 

 

15. Oleh itu, adalah sangat penting apabila kita memendi undang-undang, kita boleh mengimbangi antara rehabitalisasi, iaitu pemulihan dan rawatan, dan kawalan.

 

Tan Sri Speaker,

 

16. Puchong telah membaca salah satu artikel di The Lancet, satu journal akademik yang terkemuka antarabangsa, yang bertajuk “drug decriminalisation: grounding policy in evidence”.

 

17. Artikel ini juga menyokong mendekriminalisasi penagihan dadah dengan menunjukkan data-data dari United Nation dan Global Commission on Drug Policy serta menggunakan success story Portugal yang mendapat perhatian antarabangsa apabila.

 

18. Untuk makluman dewan yang mulia ini, pada awal 2000-an, Portugal telah meletakkan men dekriminalisasi dadah sebagai sebahagian daripada tindak balas progresifnya sebagai langkah untuk menurunkan penularan HIV dan viral hepatitis di negara itu.

 

19. Bilangan orang maut akibat over-dose menurun lebih daripada 85%, dan diagnosis HIV baharu turun lebih daripada 90%.

 

20. Walaubagaimanapun, artikel yang sama juga menunjukkan bahawa pendekatan Portugal bukan setakat dekriminalisasi, saya ingin memetik perenggan artikel itu seperti berikut: 

 

“ Portugal's approach was not to simply decriminalise; it redefined addiction as an illness and provided extensive treatment and recovery support, moving people who use drugs away from the judicial system and towards professional care. Comprehensive medical, psychological, and social support need to accompany decriminalisation to address factors such as homelessness and unstable housing, ill mental health, poverty, racial inequities, and inadequate access to health care, all of which might drive people into drug use.” Dengan izin

 

21.  Dengan itu, soalan Puchong ialah, apabila kita membuat pindaan ke arah medekriminalisasi penagagihan dadah, adakah kita bersedia untuk memberi rawatan dan sokongan pemulihan yang meluas? Adakah kita bersedia dengan infrastruktur-infrastruktur psikologi dan sosial yang komprehensif?

 

22.  Kita tak boleh copy-and-paste satu perkara dan tak copy-and-paste yang lain.

 

Tan Sri Speaker,

 

23. Puchong juga telah meneliti satu research paper di International Journal of Environmental Research and Public Health yang bertajuk  Monitoring Consumption of Common Illicit Drugs in Kuala Lumpur, Malaysia, by Wastewater-Cased Epidemiology”  yang telah menunjukkan bahawa antara dadah haram yang paling biasa digunakan di KL sekarang ialah  MDMA (iaitu ecstasy), methamphetamine (ice), ketamine (k powder).

 

24. Ini adalah selari dengan apa yang saya dapati dalam perbincangan saya dengan satu Pusat Pemulihan Penagih Dadah persendirian di kawasan saya. Mereka panggil ini dadah generasi baru.

 

25. Saya diberitahu oleh mereka bahawa untuk memulih dari penagihan dadah generasi baru dari segi fisiologi ialah mengurung mereka dalam satu bilik selama lebih kurang 2 minggu.

 

26. Seterusnya, dan yang paling susah ialah mengatasi penagihan mereka dari segi minda dan jauhkan mereka dari kawan-kawan yang tidak baik.

 

27. Dengan itu, Puchong ingin tanya apakah langkah-langkah yang diambil oleh AADK untuk menangani penagih dadah generasi baru dan mengatasi penagihan dari segi minda dan sosial – iaitu membina kehidupan baru itu mereka?

 

28. Menurut Pusat Pemulihan Penagih Dadah yang sama juga, dadah generasi baru biasanya akan menjejaskan otak dan organ-organ penagih pada kadar yang lebih cepat dari dadah konventional.

 

29. Puchong tengok pindaan ini yang tidak merangkumi aspek-aspek rawatan dan kesihatan dan harap kerajaan boleh jelaskan.

 

Tan Sri Speaker,

 

30. Menurut research paper di International Journal of Environmental Research and Public Health yang sama, mereka juga telah membangkitkan satu fakta yang membimbangkan iaitu - penggunaan ecstacy  yang dianggarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, adalah lebih tinggi daripada Belanda, iaitu negara yang mempunyai penggunaan MDMA tertinggi di kalangan lebih daripada 60 bandar di dunia dalam kajian, menurut paper yang dikeluarkan oleh Office of European Union yang bertajuk Wastewater Analysis and Drugs—A European Multi-City Study.

 

31. Puchong ingin tanya apakah langkah yang diambil oleh KDN untuk mendepani penggunaan ecstasy yang tinggi ini?

 

32. Akhir sekali Tan Sri Speaker, Puchong merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan khas wanita, kanak-kanak dan pembangunan masyarakat, pindaan akta ini juga melibatkan mereka di bawah umur, saya sangat berharap bahawa JKPK boleh dilibaturuskan untuk meneliti impak-impak pindaan ini terhadap penagih dadah bawah umur.

 

33. Sekian sahaja terima kasih.