Thursday, September 5, 2024

Parliamentary Debate on Evidence of Child Witness (Amendment) Bill & Sexual Offences Against Children (Amendment) Bill

 15 July 2024 (Bahasa Malaysia version)


Akta Kesalahan2 Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017

 

1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

 

2.    Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada BHHEU kerana telah membawa pindaan akta-akta yang akan lebih melindungi hak kanak-kanak dalam keterangan saksi kanak-kanak yang melibatkan pindaan kepada enam (6) akta yang berkaitan iaitu – Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, Akta Keterangan 1950, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Akta Sumpah dan Ikrar 1949, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Angkatan Tentera 1972.

 

Tan Sri Speaker,

 

3.    Puchong telah kira, ini kali ketiga BHHEU membawa RUU pindaan akta supaya undang-undang di Malaysia lebih melindungi kanak-kanak kita.

 

4.    Hujung Mac tahun lepas, BHHEU telah membentangkan dan dewan yang mulia in telah meluluskan pindaan kepada akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dengan lebih baik daripada semua bentuk eksploitasi dan penderaan seksual.

 

5.    November 2023, BHHEU membentangkan dan dewan in meluluskan RUU pindaan akta 597 - akta Suhakam supaya mandat Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) diperkasakan dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.

 

6.    Terdapat 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia, ia adalah hampir 1 per 3 populasi kita. Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh undi, oleh itu mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang peka kepada keperluan dan kebajikan mereka.

 

7.    Dengan itu, Puchong ingin mengucapkan penghargaan kepada Menteri BHHUE dan kerajaan madani yang prihatin kepada kanak-kanak di Malaysia dengan membawa pindaan undang-undang berbilang kali supaya undang-undang di Malaysia lebih melindungi anak-anak kita yang merupakan masa depan negara. 

 

8.    Puchong juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Menteri BHHEU kerana telah melibatkan JKPK dalam perbincangan pindaan akta-akta ini sebelum RUU-RUU ini dibentangkan.

 


 

Tan Sri Speaker,

 

9.    Daripada pengalaman saya, bukan semua menteri melibatkan JKPK sebelum RUU berkaitan dengan JKPK dibentangkan di parlimen. Kadang-kala JKPK hanya tahu ada pembentangan RUU yang berkaitan melalui berita.

 

10. Oleh itu, Puchong ingin menggesa reformasi parlimen supaya menjadi mandatori untuk membawa semua RUU selepas bacaan pertama ke JKPK yang berkaitan untuk perbincangan dengan lebih meneliti sebelum bacaan kedua dan perbahasan dilakukan.

 

11. Saya harap pihak eksekutif boleh faham, parlimen bukan rubber-stamp, parlimen adalah penggubal undang-undang.

 

Tan Sri Speaker,

 

12. Seterusnya, Puchong ingin mengambil kesempatan ini tanya beberapa soalan berkaitan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

 

13. Isu pertama adalah berkenaan dengan tentang statistik tempoh perbicaraan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

 

14. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 2 Tahun 2017 telah memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan2 seksual terhadap kanak2 siap dalam tempoh 12 bulan.

 

15. Puchong ingin tahu, bagi tahun 2023 dan 2024, berapakah peratus kes yang dapat mencapai KPI ini.  Untuk kes backlog semasa krisis covid, adakah mahkamah telah clear? Berapakah masing pending lagi?

 

16. Untuk makluman dewan yang mulia ini, tempoh perbicaraan adalah sangat penting kerana lagi panjang tempoh perbicaraan, lagi tinggi kemungkinan kanak-kanak akan give up dalam perjalanan mereka mencari keadilan.

 

17. Isu kedua adalah berkenaan dengan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak (JSKK).

 

18. Berapakah Mahkamah JSKK sekarang dan adakah kerajaan berancang untuk memperbanyakkan lagi Mahkamah JSKK?

 

19. Apakah status Inisiatif Mahkamah Bergerak yang diumumkan melalui belanjawan 2024 dan adakah kerajaan berancang untuk menggunakan prasarana bergerak untuk memudahkan mangsa jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka tidak perlu pergi terlalu jauh untuk menghadiri perbicaraan JSKK?

 

20. Akhir sekali, untuk makluman Tan Sri Speaker, Menteri dan ahli-ahli dewan yang mulia ini, JKPK wanita, kanak-kanak dan pembangunan masyarakat sedang  menyediakan penyata bertajuk Sistem Keadilan Jenayah Terhadap Mangsa Seksual Kanak-kanak Di Malaysia yang merangkumi syor kepada pelbagai pihak kerajaan untuk menambahbaik keadaan yang sedia ada berkenaan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

 

21. Penyata akan dibentangkan di parlimen sebelum sesi parlimen ini habis, harap ahli-ahli yang berhormat boleh baca dan menggunakan poin-poin dalam perbahasan-perbahasan YB2 sekalian akan datang.

 

Tan Sri Speaker,

 

22. Di dalam penyata tersebut, juga akan ada syor-syor untuk meminda Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak untuk menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak dari pelbagai aspek dan menyegaramkan akta ini dengan akta-akta yang lain dalam isu yang sama.

 

23. Puchong telah membaca bahawa BHHUE sekarang dalam peringkat mengkaji pindaan Akta ini dan harap JKPK boleh diberi peluang semasa peringkat menyediakan draf RUU untuk membentangkan syor-syor kami.

 

24. Sekian sahaja, terima kasih.

 

 


 

Akta Keterangan 1950

 

1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Keterangan 1950.

 

2.    Puchong sokong dua pindaan yang dibawa.

 

3.    Satu adalah memotong perkataan “tender years” dalam seksyen 118 supaya kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.  

 

4.    Kedua adalah untuk memotong seksyen 133A yang berkaitan keterangan kanak-kanak yang masih mentah.

 

5.    Puchong sokong pemansuhan s133A dengan fahaman bahawa pindaan ini tidak menjejaskan burden of proof tetapi pindaan ini hanya mengubah daripada “rule of law” di mana bermakna keterangan kanak-kanak mesti ada corraboration  kepada “rule of prudence and practice” yang sama yang digunakan untuk saksi dewasa.

 

6.    Puchong sokong pindaan ini juga atas fahaman bahawa selepas pindaan ini, keterangan kanak-kanak adalah seperti orang dewasa dan inkuiri hanya akan diperlukan jika terdapat sebab untuk meragui keupayaan mereka. Walaubagaimanapun, sama ada keterangan kanak-kanak itu boleh dipercayai dan faktor yang mempengaruhi mahkamah untuk membuat keputusan mahkamah adalah suatu isu kredibiliti, dan bukannya kompetensi.  

 

Tan Sri Speaker,

 

7.    Jika kita tengok negara-negara yang mewarisi British Common Law, peraturan keterangan sokongan mandatori dan keperluan untuk amaran telah dimansuhkan mengikut undang-undang di UK, Kanada, Australia, New Zealand dan Hong Kong seawal 1980-an. India dan Singapura tidak pernah mempunyai peraturan undang-undang seperti s.133A.

 

8.    Singapura menggunakan “rule of prudence” yang sama terhadap keterangan kanak-kanak tanpa sokongan seperti yang mereka lakukan kepada saksi dewasa, manakala di India, mahkamah boleh mensabitkan kesalahan atas keterangan kanak-kanak tanpa sokongan jika keterangan kanak-kanak itu "membangkitkan keyakinan” (‘inspires confidence’).

 


 

Tan Sri Speaker,

 

9.    Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa tanggapan bahawa keterangan kanak-kanak tidak boleh dipercayai hanya kerana usia mereka adalah tidak betul, kajian ini termasuk:

 

a.    Children’s Testimony: A Handbook of Psychological Research and Forensic Practice by Lyon, T. (2011),

b.    Assessing the Competency of Child Witnesses: Best Practice Informed by Psychology and Law by Spencer and Flin (1990),

c.     The Evidence of Children: The Law and the Psychology by Ceci & Bruck,

d.    'Suggestibility of the child witness: A historical review and synthesis' (1993) by Bala and others;

e.    The Competency of Children to Testify: Psychological Research Informing Canadian Law Reform, International Journal of Children’s Rights by Myers and others (2010)

f.      Psychological Research on Children as Witnesses: Practical Implications for Forensic Interviews and Courtroom Testimony, by L. Sas (2012)

g.    The Interaction Between Children’s Developmental Capabilities and the Courtroom Environment: The Impact on Testimonial Competency by Department of Justice Canada.

 

10. Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa:

 

i.         Tidak ada hubungan antara umur dan kejujuran

  1. Kanak-kanak dari usia muda dapat membezakan antara fantasi dan fakta
  2. Kanak-kanak kecil tidak mampu berfantasi tentang sesuatu yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan mereka (seperti perbuatan seksual).
  3. Dan lain-lain lagi.

 

11. Puchong juga ingin memetik Ketua Hakim Negara England dan Wales berkenaan dengan penolakkan terhadap peraturan keterangan kanak-kanak dalam undang-undang UK yang lama,

 

“We emphasise that in our collective experience the age of a witness is not determinative on his or her ability to give truthful and accurate evidence. Like adults some children will provide truthful and accurate testimony, and some will not... The purpose of the trial process is to identify the evidence which is reliable and that which is not, whether it comes from an adult or a child. In trial by jury, his or her credibility is to be assessed by the jury, taking into account every specific personal characteristic which may bear on the issue of credibility, along with the rest of the available evidence.”

 

12. Atas sebab-sebab ini, Puchong menyokong pindaan Akta Keterangan 1950.