Thursday, September 5, 2024

Parliamentary Debate on Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) Annual Report and Financial Statement

 27 June 2024 (Bahasa Malaysia version)


1.    Terima kasih Tan Sri speaker, Puchong menyentuh isu yang berkenaan dengan isu orang asli dan kanak-kanak yang telah dilaporkan oleh Suhakam dalam laporan-laporan tahunan ini.

 

Tan Sri Speaker,

 

2.    Puchong adalah pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, kedua-dua segmen ini adalah di bawah pemantauan JKPK ini dan isu-isu segmen ini jarang mendapat peluang untuk dibahas di dewan yang mulia ini, oleh itu, Puchong ingin meminta jasa baik Tan Sri untuk menghabiskan point saya hari ini. Saya akan cuba ringkaskan.

 

EMPANGAN NENGGIRI

 

3.    Pertama, adalah berkenaan Aduan tentang bantahan Empangan Nenggiri, Kelantan di m/s 169-171 Laporan Tahunan Suhakam 2021.

 

4.    Puchong telah mendapatkan maklum balas daripada kumpulan yang bernama Jaringan Orang Asli Kelantan sama ada syor-syor SUHAKAM berhubung Isu Empangan Nenggiri di Gua Musang, Kelantan telah pun dilaksanakan.

 

5.    Di sini adalah feedback daripada mereka, harap Menteri memberi perhatian.

 

6.    Bagi syor pertama – orang asli mesti dilibatkan dan dirujuk secara berterusan semasa pembinaan empangan dan syor kedua – pemindahan dan penempatan semula mesti menepati hak dan keperluan budaya komuniti OA.

 

a.    Maklum balas dari mereka ialah tiada proses prior, informed consent yang telus dan tidak melibatkan semua komuniti yang terjejas.

 

b.    Perbincangan hanya melibatkan Komuniti Orang Asli Pos Pulat dan Pos Tohoi yang akan dipindahkan. Tetapi kampung2 OA yang mereka akan ditempatkan semula iaitu Kg OA Depak dan Bog Panes tidak dilibatkan dalam perbincanfan. Ini telah menyebabkan ketegangan dan krisis di antara Komunti2 Orang Asli akibat dari berlaku perebutan sumber untuk makanan, adat, budaya dan tradisi.

 

c.     Selain itu, ada banyak lagi komuniti OA yang akan terjejas sama ada sebahagian kampung akan ditenggelam ataupun akses perjalanan kampung terjejas langsung tidak dilibatkan. Antara mereka ialah komuniti OA Bog U'yas, Pasik, Bog Brix, Simpor dan Gob.

 

7.    Bagi syor ketiga – bayaran pampasan kepada OA mestilah dipenuhi kepada komuniti. Mengikut Jaringan OA Kelantan, pembayaran pampasan oleh pihak TNB adalah tidak adil kerana mereka hanya membayar harga bagi setiap pokok tanpa mekanisme yang jelas. Bayaran pampasan jika menurut kes-kes tanah Orang Asli yang telah dipersetujui oleh mahkamah seperti kes Sagong Tasi dan Adong Kuwau pampasan adalah menurut harga pasaran semasa dan ini tidak dinyatakan oleh pihak TNB.

 

8.    Puchong berharap bahawa apabila negara kita sedang membangun, keperluan asas dan pemeliharaan adat komuniti-komuniti OA juga dijaga oleh kerajaan Madani. Harap Menteri boleh membuat siasatan dengan maklum balas ini dan mengambil langkah yang sesuai.

 

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak

 

9.    Seterusnya Puchong ingin menyentuh Bab Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (Office of Child Commisioner, secara ringkas OCC) di Laporan Suhakam 2021 dan 2022, iaitu m/s 128-166 dalam laporan tahunan 2021 dan m/s 166-211 dalam laporan tahunan 2022.

 

10. Pertama sekali, bagi pihak kanak-kanak di Malaysia, Puchong ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kerana pada September 2019 iaitu semasa beliau menjadi Menteri KPWKM, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) telah ditubuhkan di bawah SUHAKAM dengan geran RM500,000.

 

11. Puchong juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri BHEUU, Ahli Parlimen Pengerang, kerana telah membawa pindaan RUU Suhakam 2023 di parlimen supaya OCC diperkasakan melalui undang-undang.

 

12. Pewujudan dan pemerkasaan OCC adalah sangat penting dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia, syabas dan tahniah kepada ahli parlimen bandar tun razak dan pengerang.

 

13. Puchong telah membaca bab OCC di kedua-dua laporan ini  dan ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini dengan beberapa isu yang berkaitan dengan OCC.

 

Tan Sri Speaker,

 

14. Pertama, Puchong membahas fungsi dan peranan OCC secara keseluruhan.

 

15. Saya baca laporan dan mendapati OCC melaksanakan banyak tanggungjawab seperti:

 

a.    Satu, mengadakan program-program kesedaran dan latihan berkenaan dengan isu hak kanak-kanak dari segi pendidikan, kesihatan, kehidupan dll kepada pelbagai organisasi seperti mahkamah, tahfiz dan agensi-agensi kerajaan.

b.    Dua, menyertai sesi-sesi libat-urus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan yang melibatkan hak kanak-kanak seperti pindaan akta, perubahan polisi kerajaan dll. 

c.     Ketiga,  menjalankan siasatan kepada aduan-aduan yang diterima, 51 pada tahun 2021 dan 46 pada tahun 2022. Siasatan-siasatan kes ini kadang-kala perlu beberapa lawatan dan mengambil masa yang panjang; dan

d.    Akhirnya, pemantauan kes mahkamah (watching brief) yang melibatkan kanak-kanak, 7 kes pada tahun 2021 dan 9 kes pada tahun 2022.

 

16. Untuk makluman dewan yang mulia ini, kerja-kerja in semua dilaksanakan oleh 4 pegawai OCC dan 1 kakitangan sokongan dengan kos operasi sekitar RM670k setahun sahaja.

 

Tan Sri Speaker,

 

17.  Tanggungjawab OCC adalah besar – iaitu mempromosi, memperkasa dan memelihara hak asasi 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia.

 

18. Oleh itu, Puchong sangat berharap bahawa OCC dapat diperkasakan dan diberi sumber yang lebih banyak.

 

19. Secara spesifik, Puchong berharap bahawa kerajaan oleh menyegerakan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak sepenuh masa yang ditempatkan di Pejabat SUHAKAM Kuala Lumpur dan juga 2 lagi Pesuruhjaya Kanak-kanak Sabah dan Sarawak.

 

20.  Puchong juga berharap kerajaan boleh memenuhi hasrat OCC dengan sumber tambahan iaitu meningkat kos operasi ke RM3.2 juta dan menambahkan sekurang-kurangnya 20 kakitangan.

 

21. Akhirnya, Puchong menggesa kerajaan untuk berusaha ke arah penubuhan satu suruhanjaya bebas kanak-kanak.

Tan Sri speaker dan Ahli-ahli yang berhormat,

 

22. Terdapat 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia, ia adalah hampir 1 per 3 populasi kita. Oleh kerana mereka tidak boleh undi, mereka tiada suara secara langsung di parlimen.

 

23. Dengan itu, adalah penting parlimen dan kerajaan madani memperkasakan OCC sebagai langkah pertama dalam memperkasa and mengangkat hak kanak-kanak untuk pendidikan, kesihatan, kebajikan, penjagaan maruah dll mengikut Convention of Rights of Children (CRC).

Tan Sri Speaker,

 

24. Seterusnya, Puchong ingin menarik perhatian kerajaan terhadap beberapa kes yang dilaporkan oleh OCC di 2 laporan ini yang melibatkan pusat penahanan kanak-kanak dan pusat-pusat alternatif kepada penahanan kanak-kanak (ATD).

 

Laporan 2021

 

i.               Puchong terkejut membaca kes di Sekolah Tunas Bakti Jerantut, Pahang (STBJ) – m/s150-151 di mana....

ii.              Rumah Kanak-kanak (Taman Seri Puteri), Rembau...

iii.             Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka....

iv.            Taman Seri Puteri, Batu Gajah...

 

Laporan 2022

 

v.              4 institusi di Kuching –  tiada penghadang atau pintu tandas di bilik mandi.

vi.            Sekolah Henry Gurney, Keningau.....

 

25. OCC juga telah membangkitkan isu berkaitan dengan kekurangan guru bertauliah di beberapa pusat penahanan kanak dan ATD. Ini telah menafikan kanak-kanak hak mendapatkan pendidikan yang sempurna.

 

Tan Sri Speaker,

 

26. Nampaknya ada isu-isu yang melanggar hak asasi kanak-kanak sama ada di bawah pengendalian Jabatan Kebajikan ataupun Kementerian Dalam Negeri.

 

27. Dengan ini, Puchong berharap KPWKM dan KDN boleh memberi penjelasan tentang langkah-langkah yang telah diambil selepas teguran OCC di pusat-pusat ini.

 

28. Puchong juga berharap kerajaan boleh membuat satu audit menyeluruh kepada semua pusat penahanan kanak-kanak ini supaya hak kanak-kanak di pusat penahanan dan ATD untuk pendidikan, kesihatan dan mempertahankan maruah boleh dipelihara.

 

Tan Sri Speaker,

 

29. Walaupun kanak-kanak ini di penahanan atau ATD telah membuat sesuatu yang salah dari segi undang-undang tetapi jika kita boleh mendidik dan membimbing mereka dengan baik and give them second chance (dengan izin), Puchong percaya ramai di antara mereka masih boleh menjadi insan yang baik pada masa depan.