Thursday, September 5, 2024

Parliamentary Debate on Prevention and Control of Infectious Disease (Amendment) Bill 2024

 18 July 2024 (Bahasa Malaysia version)


1.    Terima kasih Tan Sri Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

Tan Sri Speaker,

 

2.    Apabila menimbang dan membuat persediaan untuk perbahasaan RUU ini, Puchong telah merujuk kepada undang-undang yang sama di Singapura dan New Zealand dan bandingkan undang-undang ini dengan akta kita.

 

3.    Puchong ingin berdasarkan perbahasan hari ini dengan bandingkan undang-undang ini secara spesifik berkenaan dengan pindaan dan seterusnya, akta penyakit berjangkit di ketiga-tiga negara – New Zealand, Singapura dan Malaysia, secara keseluruhannya.

 

Tan Sri Speaker,

 

4.    Malaysian Media Association (MMA) dan Galen Center telah menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan dengan jumlah denda/kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini adalah terlalu tinggi, iaitu untuk penalti am, didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya ataupun dikompaun tidak melebihi RM 5,000 dan untuk penalti pelanggaran peraturan-peraturan yang dibuat dibawah akta ini, didenda tidak melebihi RM8,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

5.    Puchong berpendapat bahawa kebimbangan ini adalah berasas dan perlu ditimbang dengan serius oleh kerajaan dalam beberapa aspek.

 

6.    Satu adalah berkenaan dengan amaun denda. Puchong telah bandingkan amaun yang dicadangkan dengan Singapura dan New Zealand.

 

7.    Bagi Singapura, seksyen 65 Infectious Disease Act 1976 Singapore memberi peruntukkan untuk penalti am di mana, untuk kesalahan pertama, denda tidak melebihi SGD 10 ribu dan penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya manakala kesalahan kedua dan ke-atas, denda tidak melebihi SGD 20 ribu dan penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya

 

8.    Untuk New Zealand pula, undang-undang yang berkaitan dengan penyakit berjangkit adalah dirangkumi di Health Act 1956 - Part 3 Infectious Diseases, Part 3A Management of Infectious Diseases  dan Part 4 Quarantine. penalti am  adalah di Seksyen 97G dan Seksyen 136, di mana penalti adalah tidak melebihi NZD 500 dan NZD 50 setiap hari kesalahan diteruskan.

 

9.    Apabila kita menimbang sama amaun itu adalah munasabah untuk satu populasi, Puchong berpendapat bahawa kita perlu melihat dari dua aspek - pendapatan dan health literacy, iaitu kecelikan kesihatan.

 

10. Pertama sekali, kita tengok dari segi pendapatan.

 

11. Dengan gaji bulanan median RM 2,600, Malaysia dalam pindaan ini mengenakan RM 5,000 denda untuk kesalahan am, iaitu lebih kurang 2 kali ganda (200%) gaji bulanan median.

 

12. Dengan gaji bulanan median SGD 5,197, Singapura mengenakan SGD 10,000 untuk kesalahan am, juga lebih kurang 2 kali ganda gaji bulanan median.

 

13. Dengan gaji bulanan median kira-kira NZD 5,000, New Zealand mengenakan NZD 500 untuk kesalahan am, iaitu hanya 10% daripada gaji bulanan median.

 

Tan Sri Speaker,

 

14. Walaupun dari segi amaun relatif dengan gaji median, Malaysia adalah sama dengan Singapura, kita juga perlu bandingkan health literacy antara Malaysia dan Singapura.

 

15. Biasanya kecelikan kesihatan rakyat di bawah piramid adalah lebih rendah daripada populasi lain, mereka adalah lebih cendurung untuk melanggar undang2 dan peraturan2 penyakit berjangkit kerana kekurangan pengetahuan dan bukan sengaja.

 

16. Untuk perbandingan health literacy, Puchong telah menggunakan paper yang bertajuk: HEALTH LITERACY IN ASIA-PACIFIC: NATIONAL HEALTH LITERACY POLICIES & STRATEGIES IN THE REGION 2023 oleh Lymphoma Coalition.

 

17. Ia melaporkan tinjauan paling komprehensif yang dibuat pada 2019 dan mendapati bahawa di Malaysia, 24.3% mempunyai kecelikan kesihatan yang cemerlang, 40.7% adalah mencukupi, dan 35% adalah rendah.

 

18. Untuk Singapura pula, Tinjauan paling komprehensif dibuat pada tahun 2021, ia melaporan kebanyakan populasi mempunyai kecelikan kesihatan yang mencukupi dengan 80.5% mempunyai “high functional health literacy” di mana  penduduk dapat bertindak dengan cekap dalam konteks penjagaan kesihatan, dan membaca, memahami dan bertindak balas dengan secukupnya kepada komunikasi penjagaan kesihatan.

 

Tan Sri Speaker,

 

19. Puchong khuatir bahawa dengan hukuman yang sama berat seperti Singapura tetapi health literacy yang jauh lebih rendah, pindaan ini akan meletakkan golongan kurang berkemampuan di Malaysia dalam kedudukan yang lebih vulnerable semasa pandemik.

 

20. Tambahan lagi, dan saya rasa yang paling penting dan ia merupakan elephant in the room ialah kecendurungan penguatkuasaan dua darjat di Malaysia, di mana orang-orang kayangan, ahli-ahli politik, VIPs ada satu standard, rakyat biasa yang lain.

 

21. Oleh itu, Puchong ingin tanya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh KKM supaya undang-undang ini boleh dikuatkuasakan dengan adil tanpa mengira kedudukan sosial seseorang.

 

22. Bagaimana pula dengan rakyat yang membuat kesalahan di bawah akta ini kerana kurang pengetahuan ataupun terdesak kerana sosio ekonomik mereka, adakah terdapatnya pertimbangan dari segi penguatkuasaan?

 

Tan Sri Speaker,

 

23. Selain daripada amaun denda, Puchong juga mendapati bahawa Singapura meletakkan hukuman 2 kali ganda untuk repeat offenders, manakala New Zealand NZD 50 untuk setiap hari kesalahan ini diteruskan tetapi pindaan ini tiada peruntukkan untuk kesalahan yang berulang ataupun berterusan.

 

24. Puchong cadangkan kerajaan untuk menimbang untuk meletakkan peruntukkan yang melibatkan kesalahan yang berulang ataupun berterusan dalam akta penyakit berjangkit kita.

 

Tan Sri Speaker,

 

25.  Puchong juga mendapati bahawa dalam kedua-dua akta di Singapura dan New Zealand, mereka ada kesalahan-kesalahan yang adanya hukuman yang jauh lebih berat daripada penalti am tetapi akta kita semua kesalahan adalah sama.

 

26. Sebagai contoh, di New Zealand, kesalahan individu melanggar SOP adalah NZD 500 tetapi untuk peruntukkan 74AA yang berkenaan dengan tanggungjawab makmal untuk memberi notis penyakit berjangkit di mana jika seseorang yang bertanggungjawab tidak melakukannya, denda maximum adalah setinggi NZD 10,000.

 

27. Saya ingin cadangkan kerajaan untuk tengok sama terdapatnya perbezaan kesalahan dalam mengawal penyebaran penyakit berjangkit.

 

Tan Sri Speaker,

 

28.  Saya juga baca akta-akta Singapura dan New Zealand secara keseluruhannya dan mendapati bahawa akta mereka adalah jauh lebih komprehensif and merangkumi pelbagai aspek dalam mencegah dan mengawal penyakit berjangkit manakala untuk akta kita, kebanyakkan aspek ini dirangkumi dalam peraturan atau perintah seperti masa Covid-19. Ada pros and cons nya, sama ada lebih detail dalam akta ataupun membuka ruang untuk fleksibility akan datang. 

 

29. Mohon kerajaan kaji dan tengok sama ada perlunya membawa pindaan yang lebih komprehensif pada masa akan datang.