28 March 2023, Tuesday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
Minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sebab
Malaysia Space Agency (MYSA) memberi surat sokongan kepada Serba
Dinamik pada tahun 2021 dan apakah status terkini kerjasama antara
kedua-dua pihak ini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Selaras dengan Teras 4 Dasar Angkasa Negara (DAN) 2030,
Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
menggalakkan penglibatan industri tempatan dalam pembangunan sektor
angkasa yang berterusan bagi menyumbang kepada penjanaan sumber
ekonomi negara. Kerajaan melalui MOSTI sentiasa membuka peluang
bagi kerjasama strategik di antara Kerajaan dan industri melalui
mekanisme Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership - PPP)
dan komited untuk memudah cara dalam pengoperasian teknologi dan
inovasi serta memberikan khidmat nasihat perundangan dalam bidang
angkasa.
2. Berdasarkan Kajian Ekosistem Industri Angkasa yang dijalankan
oleh MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), sehingga tahun
2020, terdapat sekurang-kurangnya 63 syarikat tempatan telah
dikenalpasti terlibat dalam aktiviti berkaitan teknologi angkasa di
Malaysia.
3. MOSTI melalui MYSA sentiasa memberi sokongan dan
menggalakkan kepada syarikat-syarikat tempatan yang bergiat secara
aktif khususnya melalui Private Funding Initiative (PFI) bagi merancakkan
pertumbuhan industri angkasa seterusnya berpotensi menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara.
4. Pada tahun 2021, MOSTI melalui MYSA juga telah memberikan
surat sokongan terhadap perancangan sebuah syarikat tempatan iaitu
Serba Dinamik Group Berhad (Serba Dinamik) yang berhasrat meneroka
potensi teknologi pelancaran satelit dan perkhidmatan teknologi angkasa
berkaitan di Malaysia melalui kaedah PFI.
5. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, perancangan
oleh Serba Dinamik ini tidak dilaksanakan dan surat sokongan MOSTI
adalah hanya sebagai galakan kepada usaha mereka, dan tidak mengikat
Kerajaan untuk memberikan apa-apa komitmen kepada syarikat
berkenaan.
Sekian, terima kasih.