9 July 2024, Tuesday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PERALIHAN
TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan apakah perkembangan
pengeksportan tenaga boleh baharu (TBB) :
(a) adakah Kementerian akan mengkaji mekanisme lain seperti third-party-
access (TPA) atau tripartite contract (TPC) selain daripada Enegem untuk
memudahkan eksport TBB; dan
(b) adakah Kementerian terbuka dengan cadangan pembinaan undersea
cable oleh pihak swasta selain TNB.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah menetapkan
mekanisme ENEGEM sebagai kaedah untuk mengeksport TBB merentas
sempadan setelah mengambil kira manfaat nilai ekonomi serta menjaga
kepentingan pemain industri tenaga dan negara dalam urusniaga yang
akan dilaksanakan, berbanding kaedah lain termasuk TPA dan TPC.
2. Pendirian ini berdasarkan dapatan perbandingan yang telah
dilakukan Kementerian ini semasa membangunkan dasar dan rangka kerja
ENEGEM, di mana penjualan tenaga menerusi kaedah ini akan
memberikan manfaat yang optima kepada negara.
3. Manakala mengenai keterbukaan Kementerian dengan cadangan
pembinaan undersea cable oleh pihak swasta selain TNB, Kementerian
sentiasa terbuka dengan apa-apa cadangan yang berdaya maju, tidak
menyebabkan kenaikan tarif pengguna yang ketara serta tidak
menjejaskan keselamatan dan keterjaminan bekalan serta infrastruktur
bekalan elektrik negara.
Sekian, terima kasih.