DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE FIRST PROCEEDING, TERM 2, THE 15TH PARLIAMENT, 2023 (BAHASA MALAYSIA VERSION)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik kilang-kilang haram pemprosesan sisa elektronik di Malaysia serta senaraikan kilang-kilang haram yang dikenal pasti dan tindakan telah diambil.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti jumlah kilang-kilang haram pemprosesan sisa elektronik di Malaysia seperti berikut:
KPKT memandang serius pewujudan kilang-kilang haram
pemprosesan sisa elektronik di Malaysia dan sentiasa komited
melakukan penguatkuasaan secara berterusan. Tindakan boleh
dikenakan kepada pemilik-pemilik kilang haram ini di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga telah
melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah dan Tanah. Pihak
JAS telah bertindak menyita peralatan untuk memproses sisa elektronik
dan kelengkapan pembakaran sisa dan PDRM melaksanakan
pemantauan berterusan di kawasan tersebut. Tindakan kompaun juga
dikenakan atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen
dan operasi kilang diarahkan untuk tutup serta-merta.
Sekian, terima kasih.