Friday, November 1, 2024

Parliamentary Debate on the Supply Bill 2025

23 Oktober 2024 (Bahasa Malaysia Version)

1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU Perbekalan 2025. 

2. Secara keseluruhannya, Puchong menyambut baik pelbagai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kebertanggungjawaban perbelanjaan kerajaan, memacu ekonomi dan mengagihkan pi ekonomi dengan lebih adil dan saksama. 

3. Hari ini, Puchong ada beberapa cadangan dasar untuk pertimbangan kerajaan. 


LEMON LAW 

4. Pertama sekali, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembentangan “lemon law”. 

Untuk makluman dewan yang mulia ini, 

5. Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi pengguna daripada “lemon”, iaitu barangan yang tidak memenuhi standard kualiti. 

6. Lemon Law telah pun diwujudkan di banyak negara seperti Korea Selatan, US Australia, Kanada, Singapura dan Filipina. 

7. Biasanya undang-undang ini digunakan untuk melindungi pembeli kereta. 

8. Lemon Law memberikan hak kepada pembeli untuk meminta pemulangan wang ataupun penggantian kenderaan jika kenderaan tersebut terus mempunyai masalah yang serius setelah beberapa cubaan pembaikan. 

Tan Sri Speaker, 

9. Lebih daripada 70% rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kereta. 

10.Hampir 800 ribu kenderaan baru dijual pada tahun 2023 1 dan nilai pasaran kenderaan “second hand” telah mencecah lebih daripada RM100 billion. 

11.Pada tahun 2023, jumlah kenderaan Malaysia telah mencatat 36 juta dan ini adalah lebih daripada populasi Malaysia 32 juta. 

Tan Sri Speaker, 

12.Ramai rakyat Malaysia menggunakan sebahagian besar daripada gaji mereka untuk membayar loan kereta setiap bulan. 

13.Boleh kata pembelian kereta adalah antara financial decision yang paling penting terutamanya untuk anak-anak muda. 

14.Jika kualiti kereta yang mereka beli ini ada masalah dan mereka kena belanja lagi untuk pembaikan dan mencari alternatif yang lain semasa pembaikan, ini akan menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan yang besar, ada juga yang terpaksa hutang. 

15.Lemon law juga akan meningkatkan kualiti kenderaan yang dijual di pasaran dan perkhidmatan selepas jualan. 

16.Pendek kata, lemon law akan membawa manfaat kepada pengguna secara keseluruhannya. 

17.Dengan itu, Puchong ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup apakah perkembangan penyediaan draf lemon law dan bilakah akan RUU dibentangkan di dewan yang mulia ini? 

Tan Sri Speaker, 

18.Seterusnya, Puchong ingin membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Reformasi Air (PETRA). 

19.Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kementerian berkenaan tanah di bawah high tension cable TNB. 

20.Tahun ini sahaja sudah 3 kali saya menerima aduan daripada rakyat di Puchong berkenaan dengan masalah semak samun tanah di bawah high tension cable tidak disenggarakan dengan baik sehingga mengakibatkan pembiakan ular dan kes denggi naik. 

21.Keuntungan TNB berbilion-bilion setiap tahun, tiada sebab TNB tidak boleh menjaga tanah mereka dengan baik. 

22.Puchong cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk memasukkan penyenggaraan tanah di bawah high tension cable sebagai salah satu syarat lesen TNB dalam Performance Standard of Electricity Supply Services. 

23.Isu seterusnya juga berkenaan dengan TNB tetapi juga melibatkan dasar PETRA di bawah NETR – National Energy Transition Roadmap.


HOW TO FINANCE EV CHARGERS QUICKLY AND EFFICIENTLY


Tan Sri Speaker, 

24.Di bawah NETR, Kerajaan telah menyasarkan supaya menjelang tahun 2030, 15% daripada kenderaan baru yang dijual adalah kenderaan elektrik (EV) and 80% menjelang tahun 2050.

25.Beberapa menteri juga telah berkali-kali mengumum sasaran untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecasan menjelang tahun 2025. 

26.Walaubagaimanapun, sehingga March tahun ini jumlah stesen pengecasan masih lagi 2,288.

27.Hanya kurang daripada 3 bulan kita akan masuk tahun 2025, Puchong ingin tanya apakah jumlah stesen pengecasan terkini? 

28.Ataupun ia seperti tajuk sebuah article Digital News Asia, “Malaysia's public EV charging target is more a dream”? 

Tan Sri Speaker, 

29. Jumlah EV dan stesen pengecasan adalah ibarat chicken & egg situation. 

30.Jika tidak ada cukup stesen pengecasan, rakyat tidak akan membeli EV. 

31.Tetapi jika tidak ada cukup EV, tiada syarikat nak memasang stesen pengecasan, kerana pendapatan stesen adalah bergantung pada berapa banyak kereta elektrik yang dicas setiap hari. 

32.Oleh itu, we need to break the chicken and egg situation. Dengan izin. 

33.Puchong ingin cadangkan kepada kerajaan untuk menjadikan stesen pengecasan sebagai aset grid kebangsaan. 

34.Dengan ini, TNB akan menampung kos pembinaan stesen pengecasan melalui CAPEX daripada incentive-based-regulation (IBR) untuk regulatory period (RP) seterusnya iaitu RP4 bagi tahun 2025-2027. 

Untuk makluman dewan yang mulia ini, 

35.Semua perbelanjaan CAPEX untuk infrastruktur grid kebangsaan adalah dikira di bawah IBR dan ia adalah salah satu komponen yang digunakan untuk menentukan tarif asas di Semenanjung Malaysia. 

36.Dengan memasukan pemasangan stesen pengecasan di bawah IBR, TNB akan menjadi pelaksana utama dan ia boleh merancang dan memasang stesen pengecasan dengan cepat dan efisien di tempat-tempat awam. 

37.Selain itu, kos per unit stesen pengecasan akan menjadi lebih rendah dengan adanya economy of scale. 

38.Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini juga, ini sebenarnya bukan kaedah baru. 

39.TNB pernah memasang 367 ribu lampu-jalan LED dengan CAPEX dibawah IBR semasa RP2. Cuma sekarang ialah EV charger. 

40.Saya telah kira secara kasar, untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan kita perlu membina kira-kira 7,500 stesen lagi; andai kata 20% daripada ini adalah DC charger, di mana kos sekitar RM250 ribu and 80% AC charger di mana kos sekitar RM35 ribu, maka jumlah kos ialah RM585 juta. 

41.Jika CAPEX untuk RP4 adalah sama seperti RP3 iaitu RM20 billion, perbelanjaan pembinaan stesen pengecasan hanya adalah 2.9% daripada jumlah CAPEX yang akan dibelanjai oleh TNB untuk tempoh 2025-2028. 

42.The question now is, is it worth investing? I think its a big YES! 

43.Ini adalah kerana impak stesen-stesen ini adalah besar dan positif. 

Tan Sri Speaker, 

44.Saya telah baca berita bahawa Proton akan mengeluarkan EV pada hujung tahun ini dan Perodua tahun depan. 

45.Ini semua adalah EV mampu milik dan buatan Malaysia. 

46.Penjualan EV bagi Proton dan Perodua akan membawa kebaikan kepada rakyat biasa kerana bukan sahaja dari segi perkembangan ekonomi hijau tetapi juga membantu rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel.

47.Di samping itu, pembinaan stesen pengecasan berskala besar ini boleh merancak transport sector electrification yang seterusnya memangkin pertumbuhan sektor elektrik dan sekaligus mencipta satu kitaran positif. 

48.Puchong percaya bahawa tindakan ini akan menjadi turning point. 

49.Dengan itu, Puchong sekali lagi menggesa PETRA untuk menimbang secara serius cadangan saya. 


EIGHT RECOMMENDATIONS FOR MALAYSIAN RE POLICIES 


Tan Sri Speaker, 

50.Seterusnya, Puchong ingin memberi LAPAN cadangan yang bagi pembangunan tenaga boleh bahru (TBB) di Malaysia. 

51.Pertama, Puchong ingin cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk membenarkan satu permohonan NEM bagi seluruh pembangunan landed housing yang baru dan bukan satu rumah per satu rumah yang amat menyusahkan sekarang. 

52.Pengurangan birokrasi ini akan menggalakkan lebih banyak pemaju untuk memasang solar atas bumbung bagi pembangunan landed housing baru mereka. 

53.Ia juga akan membantu pemilik rumah baru untuk menjimat kos pemasangan solar atas bumbung dan terus mendapat penjimatan bil elektrik apabila mereka pindah masuk rumah baru. 

54.Kedua, Puchong ingin cadangkan supaya Net Offset Virtual Agregation (NOVA) yang melibatkan penjana dan off-taker yang berbeza boleh dibenarkan untuk projek CSR. 

55.Sebagai contoh, sekolah kerajaan mempunyai bumbung yang besar dan yang boleh digunakan untuk menjana tenaga solar atas bumbung. 

56.Walaubagaimanapun, sekarang tiada insentif untuk sekolah-sekolah memasang solar atas bumbung kerana bil elektrik dibayar oleh kerajaan, segala penjimatan bil elektrik selepas pemasangan solar tidak dapat dinikmati oleh sekolah. 

57.Dengan mekanisme NOVA CSR yang dicadangkan ini, syarikat swasta boleh menjadi offtaker, di mana tenaga solar yang dijana oleh sekolah digunakan untuk offset bil elektrik syarikat ini secara virtual, dan jumlah penjimatan bil elektrik syarikat tersebut di derma balik ke sekolah. 

58.Dengan ini, sekolah boleh menjana pendapatan baru untuk kegunaan sekolah dan syarikat swasta boleh membuat CSR tanpa melibatkan satu sen. 

59.Ketiga, bagi Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), Puchong cadangkan supaya projek third-party-access (TPA) boleh digunakan bukan hanya untuk permintaan baru (new demand) tetapi juga dengan konsumer dan fasiliti yang sedia ada. 

60.Ini adalah penting terutamanya untuk syarikat MNC yang telah pun melabur di Malaysia dengan fasiliti dan premis yang sedia ada dan mempunyai sasaran karbon. 

61.Untuk makluman dewan yang mulia ini, kebanyakan syarikat MNC dan syarikat yang dalam global supply chain MNC, telah pun meletakkan sasaran net zero (karbon sifar bersih) ataupun telah menyertai Kelab RE100. 

62.Bagi sasaran net zero, syarikat komited untuk mencapai pengeluaran karbon sifar bersih, manakala RE100 syarikat komited mengalih penggunaan elektrik mereka kepada 100% TBB, menjelang tahun tertentu. 

63.Dengan membenarkan syarikat membeli TBB melalui CRESS bagi premis yang sedia ada, kita boleh merancakkan pertumbuhan industri TBB kerana permintaan untuk premis sedia ada adalah tinggi. 

64.Tambahan lagi, jika MNC dan syarikat-syarikat yang berada dalam global supply chain mereka boleh memenuhi sasaran karbon mereka di Malaysia dengan kos yang menarik, mereka akan lebih cenderung untuk memperbesarkan fasiliti global mereka di Malaysia dan ini akan membawa pelaburan baru kepada Malaysia. 

65.Seterusnya, cadangan keempat Puchong untuk dasar TBB ialah supaya kerajaan mewujudkan insentif yang lebih menarik bagi memberangsangkan industri penstoran elektrik, sama ada di skala utiliti atau pengguna individu. 

66.Sebagai contoh, kerajaan boleh menawarkan system access cost (SAC) yang lebih rendah daripada kadar sekarang, iaitu 25 sen per kw jam, bagi penjana TBB yang menghasilkan firm-power untuk menggalakkan lebih banyak pemaju TBB skala utiliti yang menyertai CRESS membangunkan sistem penstoran elektrik. 

Tan Sri Speaker, 

67.Puchong telah membaca garis panduan CRESS dan mendapati Surahanjaya Tenaga hadkan sistem penstoran elektrik kepada battery energy storage system (BESS) sahaja, oleh itu, cadangan kelima saya ialah supaya kementerian membuka kepada semua jenis sistem penstoran elektrik untuk menggalakkan lebih inovasi dalam bidang penstoran elektrik.

68.Cadangan keenam Puchong ialah kerajaan perlu menawarkan insentif cukai yang lebih menarik bagi sistem penstoran elektrik. 

69.Saya baca laman web MGTCC, sekarang sistem BESS layak mendapat Green Investment Tax Allowances (GITA) sebanyak 100%. 

70.Puchong cadangkan double tax deduction, iaitu GITA 200%, untuk semua jenis sistem penstoran elektrik yang layak. 

Tan Sri Speaker, 

71.Teknologi dan industri baru perlukan polisi yang boleh menjadikan projek teknologi baru ini bankable, jika tidak, penyertaan swasta tidak akan take-off. 

72.Saya masih ingat semasa saya menjadi menteri tenaga, polisi solar atas bumbung NEM tidak mendapat respon yang baik kerana masa itu dasar NEM menjadikan projek NEM not commercially viable. 

73.Oleh itu, kita tukar dasar NEM kepada 1-on-1 offset basis, NEM 2.0 mendapat respon yang baik, industri solar atas bumbung terus berkembang dengan pesat dan sekarang sudah sampai NEM 3.0. 

74.Apa yang saya nak katakan ialah, kementerian tidak boleh kedekut apabila teknologi dan industri masih lagi baru, sebaliknya, kementerian perlu memastikan teknologi dan industri yang kita nak push ada satu value proposition yang menarik bagi pelabur swasta yang berminat menjadi first mover. 

75.Dengan mewujudkan commercial viability, syarikat swasta akan membuat keputusan untuk melabur dan bank akan memberi financing. 

Tan Sri Speaker, 

76. Cadangan ketujuh dan kelapan saya ialah berkaitan dengan pengeksportan TBB. 

77. Saya membaca bahawa projek perintis pengeksportan TBB ke Singapura melalui mekanisme energy exchange – Enegem, tidak mendapat respon yang diharapkan di kalangan pemain industri TBB. 

78.Saya sudah cadangkan pada sidang yang lalu dan ingin sekali lagi cadangkan kerajaan untuk menggunakan mekanisme TPA untuk pengeksportan dan pengimportan TBB ke dan dari semua negara supaya ia lebih straight-forward dan membolehkan perjanjian B2B yang berbeza-beza.

79.Cadangan kelapan saya ialah supaya kerajaan boleh lebih proaktif dalam membina undersea cable untuk pengeksportan TBB ke Singapura.

80.Pada 25 Oktober 2021, kerajaan Singapura mengumumkan hasrat untuk mengimport sehingga 4 GW RE berkarbon rendah menjelang 2035. 

81.Potensi pasaran eksport ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya, mampu menjana sehingga RM 6 billion pelaburan swasta dan hampir 50,000 peluang pekerjaan. 

82.Tentunya, Malaysia tidak akan dapat menikmati keseluruhan angka tersebut. 

83.Namun, kedudukan geografi Malaysia yang sangat berhampiran dengan Singapura, saya percaya kita boleh dapat mengecapi sebahagian besar daripada jumlah tersebut jika kita mengambil langkah yang lebih proaktif seperti membina infrastruktur iaitu undersea cable yang membolehkan pengekosportan pada masa depan. 


84.Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu berkenaan dengan perubahan iklim. 

Tan Sri Speaker, 

85. Apabila kita membincangkan pengurangan karbon, kita sentiasa focus kepada hanya karbon dioksida kerana dalam pengukuran kesan pemanasan global kita menggunakan unit carbon dioxide equivalent (CO2e). 

86.Tetapi sebenarnya gas metana adalah gas rumah hijau 25 kali ganda lebih kuat daripada gas karbon dioksida. 

87.Dengan kata lain, setiap unit pelepasan metana ialah 25 carbon dioxide equivalent CO2e. 

88.Jika kita baca Malaysia 4th Bienial Update Report (BUR4) UNFCCC, dan kira daripada sektor tenaga dan sisa sahaja, pelepasan metana menyumbang 47.32 juta ton CO2e5 , iaitu kira-kira 14% daripada jumlah pelepasan karbon negara! 

89.Malaysia juga telah menandatangani Methane Global Pledge yang meletakkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan methana sebanyak 30% menjelang 2030. 

90.Oleh itu, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu Pelan Tindakan Pengurangan Metana Kebangsaan supaya kita boleh menurunkan pelepasan metana secara sistematik. 

91.Pelan tersebut perlu fokus kepada sektor fugitive gas dari industri minyak dan gas, tapak pelupusan sampah domestik serta rawatan dan pembuangan sisa industri yang merupakan penyumbang utama gas metana di Malaysia. 

Tan Sri Speaker, 

92.Wetland, tanah lembap, adalah sinki karbon yang baik. 

93.Sebenarnya hutan pokok bakau sahaja meliputi kira-kira 3% daripada jumlah keluasan tanah di Malaysia dengan kira-kira 57% di Sabah, 26% di Sarawak dan baki 17% di Semenanjung Malaysia. 

94.Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa wetland land-use change tidak diambil kira dalam pengukuran sinki karbon land-use, land-use change and forestry (LULUCF) di laporan BUR4 UNFCCC. 

95.Puchong ingin tahu apa sebabnya. 

96.Puchong mencadangkan kerajaan untuk memasukkan pengukuran BUR supaya laporan kita adalah lebih tepat. 

97.Di samping itu, Puchong juga cadangkan kerajaan untuk memberi insentif untuk menggalakkan nature-based carbon credit project seperti penghutanan semula dan pemulihan hutan bakau, supaya yang boleh didagangkan di Bursa Carbon Exchange dan menjana lebih pendapatan untuk projek pemulihan sinki karbon yang seterusnya. 

Tan Sri Speaker, 

98.Seterusnya, Puchong ingin cadangkan Green Income Tax Exemption (GITE) diluaskan bukan hanya merangkumi solar leasing tetapi aset-aset hijau yang lain yang berpotensi menggunakan leasing model seperti food waste composter. 

99.Idea solar leasing bermula di Malaysia zaman saya, masa itu kami ingin menggalakkan lebih solar atas bumbung. 

100. Solar leasing membolehkan mereka yang tiada CAPEX juga boleh mendapatkan solar atas bumbung melalui leasing.  

101. Untuk menggalakkan syarikat menawarkan pakej solar leasing, kita menawarkan GITE. 

102. Puchong rasa sudah sampai masa MGTCC lebih proaktif tengok industri dan bidang mana yang boleh dimanfaatkan melalui leasing model dan menawarkan GITE kepada industri tersebut. 

Tan Sri Speaker, 

103. Seterusnya, Puchong ingin menyentuhi isu berkenaan komuniti India. 

104. Lebih daripada 10% populasi di kawasan Parlimen Puchong adalah berbangsa India dan saya mendapati bahawa antara cabaran yang mereka hadapi ialah peluang pekerjaan di kalangan belia. 

105. Saya mendapati bahawa ramai tidak sedar peluang-peluang yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon. 

106. Dengan itu, saya cadangkan kerajaan untuk membuat road show berkenaan dengan peluang TVET yang fokusnya kepada masyarakat India, sebagai contoh, road show dalam bahasa tamil ataupun road show di kuil-kuil India. 

107. Kerajaan juga perlu meletakkan sasaran jumlah pengambilan TVET untuk anak-anak India B40. 

108. Secara keseluruhannya, kerajaan perlu lebih proaktif dalam mendekati masyarakat India. 

Tan Sri Speaker, 

109. Puchong juga ingin menarik perhatian kerajaan berita berkenaan dengan yuran taska dan tadika dijangka akan naik 20-25% susulan kenaikan gaji minima dan juga kenaikan kos-kos yang lain. 

110. Persatuan Tadika Islam Malaysia dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, serta Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, yang menaungi pengusaha taska, telah mengesahkan kenaikan yuran yang ditawarkan oleh sekitar 4,500 ahli mereka disebabkan kenaikan daripada kos operasi ini. 

111. Puchong ingin tanya apakah tindakan yang akan diambil oleh KPWKM untuk membantu ibubapa yang menghadapi kenaikan kos yang mendadak ini. 

Tan Sri Speaker, 

112. Isu terakhir yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan projek pembagunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad. 

113. Menurut pembentangan Perdana Menteri, Khazanah akan menyediakan 600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif. 

114. Saya menerima maklumat bahawa Khazanah berhasrat untuk membangunkan kawasan itu seperti National Singapore Gallery yang diubahsuai dari bangunan warisan Mahkamah Tertinggi dan Majlis Bandaraya, yang merangkumi elemen budaya, seni dan lifestyle. 

115. Ini adalah idea yang baik. 

116. Untuk makluman Tan Sri Speaker, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan yang juga memantau Kementerian Perpaduan telah pun melawat Muzium Tekstil yang terletak di bangunan yang akan dibangun semula oleh Khazanah melalui inisiatif ini. 

117. Puchong berharap bahawa Khazanah boleh membantu untuk menaik taraf Muzium Tekstil dan membenarkan jabatan muzium untuk terus menguruskan muzium tersebut di premis yang. 

118. Untuk makluman Tan Sri Speaker dan ahli-ahli yang dihormati, JKPK akan membentangkan maklumat yang terperinci berkenaan dengan perkembangan semasa muzium-muzium utama negara pada sesi parlimen juga. 

119. Itu sahaja yang Puchong ingin bangkitkan. Puchong menyokong. Sekian.