Thursday, November 28, 2024

Parliamentary Debate on the Supply Bill (Budget 2025), Committee Level, KPWKM | 28 November 2024

 28 November 2024, Thursday (Bahasa Malaysia Version)

1.      Puchong merujuk kepada butiran 030300 Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak yang memperuntukkan RM 9 juta. 

2.      Puchong ingin tanya apakah status penubuhan dan perancangan kementerian berkenaan dengan Jabatan pembangunan kanak-kanak yang telah dilancarkan pada Ogos yang lalu

3.      Berapakah jawatan yang akan diwujudkan dan apakah peruntukkan pada tahun 2025?

 

Tan Sri,

4.      Terdapat 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia, iaitu hampir 1 per 3 populasi kita. 

5.      Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh undi, oleh itu mereka amat memerlukan kita di sini yang peka kepada keperluan dan kebajikan mereka. 

6.      Kanak-kanak adalah masa depan negara, justeru jabatan pembangunan kanak-kanak adalah penting bagi memastikan kerajaan memberi perkhidmatan yang holistik kepada golongan kanak-kanak di Malaysia. 

7.      Dengan itu, Puchong ingin cadangkan KPWKM bahawa bukan sahaja mewujudkan JPKK di peringkat kementerian, tetapi mendraf dan membentangkan RUU Jabatan Pembangunan Kanak-kanak bagi menginstitusikan JPKK.

8.      Dengan adanya akta, ia dapat memberi punca kuasa yang sempurna kepada JPKK untuk menjalaini tugas teras JPKK dalam pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian kanak-kanak.

 

Tan Sri,

9.      Parlimen ini telah 3 kali meminda undang-undang untuk lebih melindungi kanak-kanak termaksud

i.         pertama, akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk eksploitasi dan penderaan seksual;

ii.       kedua Akta Suhakam supaya mandat Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak diperkasakan dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia dan

iii.     ketiga, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak yang akan lebih melindungi hak kanak-kanak dalam keterangan saksi dalam sistem keadilan di malaysia.


10.  Sudah tiba masanya parlimen ini juga meluluskan RUU Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. 

11.  Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke butiran 030900 Sosioekonomi Kurang Upaya yang memperuntukkan kira-kira RM 1.1 billion. 

12.   Kita semua tahu bahawa kalau kita berikan seorang ikan kita hanya boleh memberinya makan selama sehari tetapi jika kita ajar dia memancing, kita boleh memberinya makan seumur hidup.

13.  Tindakan proaktif daripada kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaaan untuk golongan OKU adalah sangat penting. 

14.  Dengan itu, Puchong ingin tanya kepada KPWKM, iaitu apakah status pencapaian sasaran 1% OKU dalam sistem kerajaan?

15.  Setahu saya kerajaan jauh daripada sasaran ini.

16.  Apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPWKM untuk meningkatkan rekruitmen OKU dalam sistem JPA?

17.  Puchong rasa KPWKM bukan sahaja perlu mempergiatkan lagi promosi di kalangan OKU berkenaan dengan peluang ini, engagement dengan JPA dan secara proacktif menyelesaikan kekangan yang dihadapi oleh pihak JPA dalam merekruit OKU seperti memberi kursus spesifik untuk meningkatkan kemahiran tertentu yang diperluka dalam sistem kerajaan.

18.  KPWKM tidak boleh duduk sana dan katakan bahawa JPA tidak dapat rekruit tetapi menjadi driver dalam agenda memperkasa golongan OKU dalam sistem kerajaan.

19.  Seterusnya, Puchong ingin merujuk kepada 020100 Kebajikan Masyarakat. 

20.  Saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Menteri apakah perkembangan pembentangan RUU Profesion Pekerja Sosial.  

 

Tan Sri,

21.  1 daripada 20 kanak-kanak dan 1 daripada 10 orang dewasa yang hidup kurang upaya. 

22.  Antara 2020 dan 2022, Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 18,750 kes penderaan kanak-kanak.

23.  Profesionalisasi kerja sosial semakin penting.

24.  Walaubagaimanapun, Malaysia terus ketinggalan di belakang negara jiran serantau dalam mengiktiraf kerja sosial sebagai satu profesion.

25.  Negara seperti Filipina, Singapura, Thailand, dan Indonesia telah pun menggubal undang-undang  dan dasar untuk mengprofesionalkan kerja sosial pada 1965, 2009, 2013 dan 2019 masing-masing.

26.  Dengan adanya akta, mereka meningkatkan sokongan untuk tenaga kerja perkhidmatan sosial mereka.

27.  Di samping itu, nisbah pekerja sosial kepada penduduk Malaysia berada pada 1:8,576, ini adalah jauh di belakang Singapura 1:3,448 dan Australia (1:1,040).

28.  Oleh itu, pewujudan Akta Profesion Pekerja Sosial adalah sangat penting.  

29.  Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, Mac tahun ini Menteri umumkan RUU ini akan dibentangkan pada tahun ini juga, tetapi pada Oktober, Menteri umumkan pembentangan RUU ini telahpun ditunda.

30.  Puchong ingin mendapatkan komitmen daripada pihak kementerian bilakah RUU ini akan dibentangkan.

31.  Sebagai pengerusi JKPK Wanita, Kanak2 dan Pembangunan Masyarakat, saya sangat berharap draf RUU ini boleh dikemukakan kepada JKPK dan mendapatkan feedback kita sebelum pembentangan. Harap bukan satu taklimat sahaja tetapi beberapa sesi libat urus dengan kami dan stakeholders yang kami jemputkan ke mesyuarat JKPK.

32.  JKPK akan usulkan satu jemputan kepada KPWKM untuk memberi penerangan nanti harap Menteri boleh hadir sekurang-kurangnya satu mesyuarat bagi memudahkan komunikasi dengan JPKP dan ahli-ahli parlimen. 

 

Tan Sri,

33.  Malaysia telah menandatangani Ha Noi Declaration on Strengthening Social Work for Cohesive and Responsive ASEAN Community (2020), di Pelan Hala Tuju deklarasi tersebut ialah

a.       Satu, menggubal undang-undang untuk menentukan pekerja sosial dan pekerja perkhidmatan sosial lain, dan untuk menyediakan pensijilan, pelesenan dan/atau pendaftaran mereka;

b.       Dua, mewujudkan dan menyeragamkan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan berasaskan kecekapan kebangsaan untuk pekerja sosial

c.       Tiga, Membangunkan rangka kerja kecekapan kebangsaan untuk profesion kerja sosial dan tenaga kerja perkhidmatan sosial yang lebih luas.

34.  Sebenarnya idea untuk mewujudkan akta profesion kerja sosial bukan baru, sudah lebih daripada 10 akta ini dalam proses pendrafan.

35.  Oleh itu, saya sanget berharap kerajaan perpaduan boleh akhirnya membentangkan akta ini.

Tan Sri,

36.  Akhir sekali saya ingin merujuk kepada butiran 020200 pembangunan wanita.

37.  Untuk makluman dewan yang mulia ini, bagi subsektor pemerkasaan politik di Global Gender Gap Index, Malaysia mencapai skor yang sangat rendah, iaitu 0.098 daripada 1, jika kita menggunakan skala markah 100, Malaysia hanya skor 9.8!

38.  Walaupun wanita terdiri daripada sekitar 50% pengundi dan populasi tetapi hanya terdapat 13% wanita di dalam Dewan yang mulia ini.

39.  Sejak kemerdekaan, kurang daripada 100 wanita pernah menjadi ahli parlimen. 

40.  Dengan perwakilan yang begitu rendah, suara dan keperluan wanita dan kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. 

41.  Bukan sahaja di peringkat parlimen, malah di peringkat negeri dan akar umbi pun pemimpin politik wanita berjawatan adalah kurang daripada 15%.

42.  Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk menubuh Political Party Fund for Women Empowerment – Dana Parti Politik untuk Pemerkesaan Wanita. 

43.  Dalam tempoh 10 tahun, parti politik tak kira kerajaan ataupun pembangkang layak mendapat peruntukkan daripada kerajaan setiap tahun untuk setiap wanita yang dilantik menjadi ketua kampung dan ketua masyarakat, ahli majlis serta dipilih menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.

44.  Kerajaan juga boleh menyediakan matching grant untuk parti politik bagi program-program pembangunan pemimpin politik wanita untuk menyediakan mereka menjadi pemimpin. Sudah tentu, ini bukan dalam bentuk sosial seperti masak-masak, persolekan, high-tea dsb.

45.  Dengan ini, kerajaan mewujudkan insentif untuk parti politik melatih, melantik dan mencalonkan pemimpin wanita.

46.  Puchong cadangkan kerajaan memperuntukkan RM 5 juta sebagai permulaan dan harap-harap dana ini boleh menjadi game changer sistem politik di Malaysia yang selama ini male-dominated.

47. Selain itu, dana ini juga boleh menjadi projek perintis bagi political party fund untuk setiap perwakilan yang juga boleh dipertimbangkan di dalam Rang Undang-undang pembiayaan politik yang akan dibawah oleh kerajaan.