Thursday, February 13, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 13 February 2025

 13 February 2025, Wednesday  (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) jumlah klinik kesihatan di Malaysia mengikut jenis. Berapa antaranya menampung jumlah pesakit yang lebih daripada jenis fasiliti yang disediakan.

(b) rancangan Kementerian untuk mengurangkan jurang ini.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(1) Sehingga Februari 2025, terdapat sejumlah 1,100 buah klinik kesihatan (KK) di seluruh Malaysia. Pengkelasan klinik kesihatan mengikut jenis pada ketika ini adalah berdasarkan beban kerja dan purata kedatangan pesakit harian, seperti berikut:

(2) Pembinaan klinik kesihatan yang lama adalah tidak mengikut standard piawai, tetapi mengambil kira jumlah populasi penduduk setempat dan skop perkhidmatan yang disediakan pada masa itu.

(3) Bermula tahun 1999, pembinaan klinik kesihatan baharu yang komprehensif, dengan reka bentuk pelan piawai telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK7). Pengkelasan klinik kesihatan dengan pelan piawai mengikut Jenis 2 hingga 7, adalah berdasarkan standard yang telah ditetapkan seperti berikut:

    (a) Bilangan penduduk setempat
    (b) Purata kedatangan pesakit harian
    (c) Skop perkhidmatan

(4) Sehingga kini, terdapat sebanyak 221 KK dengan reka bentuk pelan piawai telah dibina di seluruh Malaysia, dan dikelaskan mengikut jenis 2 hingga 7, seperti berikut:

(5) Daripada keseluruhan 221 fasiliti KK dengan reka bentuk pelan piawai, terdapat sebanyak 91 buah KK yang telah menerima kedatangan pesakit melebihi kapasiti kedatangan harian, seperti berikut:


(6) Kementerian Kesihatan sentiasa memantau jumlah kedatangan pesakit di semua klinik kesihatan dan membuat perancangan berdasarkan keperluan semasa dan akan datang. Untuk itu, KKM telah mewujudkan Pelan Induk Fasiliti Kesihatan Tahun 2023 – 2045, bagi merancang keperluan pembinaan fasiliti baharu berdasarkan unjuran keperluan kesihatan dan perkembangan perkhidmatan akan datang.

(7) Antara perancangan KKM dalam mengurangkan jurang keperluan fasiliti khususnya bagi klinik kesihatan adalah seperti berikut:-

    (a) Penggantian klinik kesihatan sedia ada yang berstruktur lama yang tidak lagi sesuai dinaik taraf;
    (b) Pembinaan blok tambahan bagi klinik yang dalam keadaan baik dan
mempunyai tapak/tanah yang sesuai; dan
    (c) Membina klinik baharu di lokasi yang tiada atau kurang fasiliti kesihatan.

(8) Perkara di atas turut mengambil kira bilangan populasi, beban kerja bagi klinik sedia ada, jarak antara satu klinik dengan klinik lain dan akses jalan serta infrastruktur lain.

Sekian, terima kasih