6 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
(a)isu pertikaian undang-undang antara Kerajaan dan Mulia Group berkenaan dengan pemilikan Exchange 106
(b) kadar occupancy dan purata kadar sewaan Exchange 106 terkini. Apakah anggaran capitalisation rate. Adakah pulangan pelaburan Kerajaan dalam Exchange 106 berbaloi.
JAWAPAN
1. Pertikaian undang-undang antara MKD Signature Sdn Bhd (MKDSB) dan Mulia International (Labuan) Limited (MIL) adalah berkaitan kegagalan MIL untuk melaksanakan obligasinya di dalam Perjanjian Pemegang Saham yang telah ditandatangani pada tahun 2017 untuk menyiapkan projek menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX).
2. Tindakan undang-undang yang diambil oleh MKDSB untuk melindungi kepentingannya adalah mengikut perjanjian yang telah dimeterai pada 19 Julai 2017. Walau bagaimanapun, demi menghormati proses Mahkamah, Kerajaan tidak boleh membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung pertikaian pelaburan ini.
Sekian, terima kasih.