26 FEBRUARI 2025, RABU (Bahasa Malaysia Version)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :
a. bilakah perkhidmatan aerotrain Kuala Lumpur International Airport akan dikembalikan
b. langkah yang diambil supaya gangguan perkhidmatan aerotrain yang berpanjangan ini tidak diulangi pada masa hadapan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman, setakat 24 Januari 2025, status projek penggantian Aerotrain adalah pada kadar 86%. Pengoperasian penuh dijangka akan bermula pada suku kedua 2025.
2. Antara langkah yang diambil oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memastikan kelancaran operasi aerotrain di masa hadapan ialah dengan melantik kontraktor penyelenggaraan keretapi yang berkelayakan iaitu pengeluar peralatan asal yang pakar dalam penyelenggaraan peralatan mereka sendiri. Pihak kontraktor yang dilantik akan bekerjasama bersama MAHB dalam melakukan pemantauan dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.