Wednesday, March 12, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Works (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 05)

Bahasa Malaysia Version 

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan :

a. langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kesesakan di sepanjang Jalan Putra Permai termasuk interchange yang menghubunginya ke lebuh raya

b. status perancangan/pembinaan flyover di simpang Jalan Putra Permai dan Jalan Prima Tropika (depan Giant Seri Kembangan).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a)Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa mengambil berat terhadap isu-isu berkaitan kesesakan jalan raya. Bagi=mengatasi masalah dan cadangan penyelesaian, Kementerian Kerja Raya bersama-sama JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana sedang dalam prosesmelaksanakan kerja-kerja awalan bagi Projek Kerja Awalan Menaik Taraf Jalan Putra Permai (FT3215) Daripada Persimpangan Prima Tropika/Lestari PerdanaSehingga KM4.0 Petaling, Selangor. Projek ini telah diluluskan oleh agensi pusat di dalam Rolling Plan 4, RP4 RMKe-12 bagi pelaksanaan skop kerja

 melibatkan kajian impak trafik (TIA), penilaian impak alam sekitar (EIA), kerja ukur, pemetaan utiliti, penyiasatan tanah (SI), penilaian turapan, rekabentuk terperinci dan pengambilan balik tanah.

(b) Sehingga kini, skop kajian trafik ini telah selesai dilaksanakan pada bulan Ogos tahun 2024, manakala bagi skop rekabentuk terperinci dijadualkan selesai pada Disember tahun 2025 sebelum proses pengambilan balik tanahdilaksanakan. Permohonan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan projek akandiangkat ke agensi pusat untuk pertimbangan dan kelulusan sebaik sahaj asemua skop kerja awalan selesai dilaksanakan kelak.

Sekian, terima kasih.