Wednesday, March 12, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Health (Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 01)

Bahasa Malaysia Version

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

a. Adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) Seri Kembangan memandangkan ia perlu mengendali lebih daripada 800 orang pesakit sehari tetapi fasilitinya hanya adalah jenis 3

b. Rancangan Kementerian untuk menangani kesesakan serius bahagian Ibu dan Anak di KK Seri Kembangan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan perolehan tapak atau bangunan di kawasan Seri Kembangan bagi membolehkan pembinaan klinik kesihatan baharu yang lebih besar. Ini bakal mengatasi masalah kesesakan pesakit sedia ada di KK Seri Kembangan.

2. Bagi memastikan fasiliti berada dalam keadaan yang baik, KKM telah melaksanakan beberapa projek naik taraf sepanjang 2017 hingga 2024. Antaranya adalah menaik taraf sistem pendawaian elektrik, mengubah suai kuarters lama kepada Unit Kesihatan Ibu dan Anak dan naik taraf ruang menunggu kaunter pendaftaran Unit OPD.

Sekian, terima kasih.